Nuffnang

Tuesday, October 12, 2021

Wow Tudiaa !! Tabiat aneh gadis dewasa hisap botol susu

 

Gadis ini menghisap botol susu sehingga tertidur seperti bayi. – TikTok


JAKARTA – Seorang gadis dari Indonesia mendedahkan tabiat aneh rakannya yang menghisap botol susu seperti bayi meskipun telah dewasa, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi satu klip video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, gadis tersebut memberitahu bahawa rakannya itu sering datang ke rumahnya untuk menumpang menghisap botol susu kerana bimbang tabiatnya itu diketahui keluarganya.

“Saya mempunyai seorang rakan yang gemar menghisap botol susu hingga tertidur. Semoga tidak sampai ke pengetahuan keluarganya.

“Jika dia melakukan aktiviti ini di rumahnya, pasti dia dimarahi keluarganya kerana masih menghisap botol susu walau sudah dewasa,” kata keterangan pada video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kalau sudah mempunyai anak, pasti dia akan berebut botol susu dengan anaknya,” komen seorang pengguna.

“Sama seperti saya. Sudah berusia 20 tahun namun masih menghisap botol susu,” kata seorang lagi netizen. – Agensi 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung