Nuffnang

Sunday, October 10, 2021

“PM paling sempoi” - Berborak dengan 2 kanak-kanak di pondok R&R, netizen puji sikap Ismail Sabri

 

“PM paling sempoi” - Berborak dengan 2 kanak-kanak di pondok R&R, netizen puji sikap Ismail Sabri

Video pertemuan santai itu dikongsi menerusi Instagram Ismail Sabri pada Sabtu.

DALAM kesibukan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih sempat meluangkan masa untuk menyantuni rakyat.

Terbaharu, perkongsian video menerusi Instagram yang memaparkan pertemuan mesra antara Ismail Sabri dengan dua kanak-kanak bersama bapa mereka di sebuah pondok di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lekas mencuri tumpuan ramai.

"Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di R&R Lekas.

"Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata," ujar Ismail Sabri menerusi Instagram, Sabtu.

Dalam video itu, Ismail Sabri yang sedang berjalan sempat berhenti di pondok itu sebelum duduk dan berborak santai dengan keluarga tersebut.

Malah, bapa kepada dua kanak-kanak itu turut mengambil peluang merakam gambar kenangan mereka bersama Ismail Sabri dalam pertemuan singkat itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji sikap prihatin Ismail Sabri yang disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

"Datuk selalu turun padang. Best Perdana Menteri macam ni.

"Perdana Menteri macam ni la yang rakyat suka. Mesra rakyat, ambil tahu masalah rakyat.

"Perdana Menteri yang paling sempoi," demikian antara komen netizen

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung