Nuffnang

Tuesday, November 23, 2021

Perghh !!! Suami tetak isteri enggan lakukan hubungan seks

 


Lelaki tersebut menetak isterinya ketika mereka sedang menoreh getah. – istock


JAKARTA – Gara-gara sering ditolak untuk melakukan hubungan intim, seorang suami di Indonesia bertindak menetak isterinya sehingga mati ketika mangsa menoreh getah, lapor laman berita Suara.com.

Ketua Polis daerah Labuhan Batu, Anhar Arlia Rangkuti berkata, suspek berusia 59 tahun dari wilayah Sumatera Utara itu melakukan jenayah tersebut kerana bermotifkan cemburu.

“Mangsa sering menolak ajakan suspek untuk melakukan hubungan intim. Mereka  juga sering bertengkar kerana masalah rumah tangga,” katanya.

Menurut Anhar, insiden tersebut berlaku pada Selasa lepas sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) ketika mereka menoreh getah di sebuah ladang.

Suspek dilaporkan menetak leher dan tangan mangsa menggunakan sebilah parang.

Selepas mangsa meninggal dunia, suspek membuang parang yang digunakan ke dalam sebuah gaung   tidak jauh dari lokasi pembunuhan, sebelum melarikan diri.

Mayat mangsa yang berusia 55 tahun ditemui oleh penduduk setempat sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan).

Suspek kemudiannya diberkas polis di sebuah lokasi persembunyian pada keesokan harinya. – Agensi 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung