Nuffnang

Wednesday, November 24, 2021

Tudia !!! Jangan rebus udang kara, ketam hidup-hidup

 


Kerajaan UK melarang udang galah untuk direbus hidup-hidup. - YouTube


LONDON – Kerajaan Britain menyenaraikan hidupan laut seperti sotong, ketam dan udang kara dalam senarai hidupan yang perlu diberi perlindungan di bawah undang-undang kebajikan haiwan kerana sifat hidupan tersebut yang mampu merasai kesakitan dan penderitaan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Vertebrata iaitu haiwan yang mempunyai tulang belakang sudah pun dilindungi  dalam perundangan kebajikan haiwan baharu yang sedang diperdebatkan di Britain.

“Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan memberikan jaminan penting bahawa kesejahteraan haiwan dipertimbangkan dengan sewajarnya apabila merangka  undang-undang baharu. 

“Sains mendapati bahawa haiwan decapod dan cephalopod mampu berasa sakit. Oleh itu, adalah wajar ia dilindungi di bawah undang-undang penting ini,” kata Menteri Kebajikan Haiwan, Lord Zac Goldsmith dalam satu kenyataan.

Menurut rang undang-undang  tersebut, udang kara  dan ketam tidak boleh direbus hidup-hidup dan menyertakan amalan pengangkutan dan mematikan terbaik untuk haiwan-haiwan itu.

Ia menemui bukti kukuh bahawa haiwan bercengkerang  merasai kesakitan dan bukti ‘kuat’ yang menunjukkan rasa sakit dalam kebanyakan spesies ketam.

Bagi haiwan lain dalam dua kumpulan itu seperti sotong dan udang kara, penyelidik menemui bukti yang besar, namun tidak kukuh. – AGENSI 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung