Nuffnang

Monday, July 25, 2022

Amik Kau !!!! Isteri pulas telinga suami leka menari dangdut

 

Seorang wanita berpakaian merah jambu dilihat bergegas naik ke atas pentas, lalu berjalan menuju ke arah salah seorang lelaki yang dipercayai suaminya. – Instagram @terangmedia
Share on telegram

JAKARTA – Seorang lelaki yang  leka menari irama dangdut bersama beberapa wanita terkejut apabila diserang isteri sendiri yang bertindak memulas telinganya sehingga dia terjatuh di atas pentas, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Berdasarkan satu rakaman video, senario itu berlaku di sebuah majlis keramaian yang dipenuhi orang ramai termasuk sebilangan wanita dipercayai penari.

Ketika penonton menikmati lagu dangdut yang dimainkan, empat penari wanita leka berjoget di atas pentas. Mereka kemudian disertai oleh dua lelaki yang turut menari bersama.

ADVERTISING
Ads by Kiosked

Tidak lama kemudian, seorang wanita lain yang berpakaian merah jambu dilihat bergegas naik ke pentas, lalu berjalan menuju ke arah salah seorang lelaki yang dipercayai suaminya.

Lelaki berkenaan pada awalnya dilihat terdiam seketika, sebelum telinganya ditarik oleh isterinya di atas pentas sehingga membuatkannya terjatuh.

Dia kemudian cuba melarikan diri, namun isterinya terlebih dahulu merentap kuat pakaian yang dipakai suaminya.

Beberapa penonton juga dilihat cuba menghalang lelaki tersebut daripada melarikan diri sehingga membuatkan muzik yang dimainkan dihentikan seketika.

Keadaan bertukar menjadi kecoh apabila seorang individu lain hampir membelasah lelaki berkenaan sebelum ditenangkan oleh penonton lain.

Video itu menjadi tular di laman media sosial dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

Ads by Kiosked

“Hairan betul. Sejak zaman dahulu hingga sekarang, kalau ada persembahan dangdut sahaja pasti akan menjadi kecoh,” kata seorang netizen.

“Zaman sudah canggih, namun sikap dan perangai masih seperti ketika zaman dahulu. Mereka sesuka hati bergaduh di atas pentas tempat orang mengadakan majlis,” kata netizen lain. – Agensi 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung