Nuffnang

Wednesday, August 3, 2022

Perghh !!! Demi raih populariti media sosial , Ibu muda jual gambar lucah

 

DC bergiat dalam perniagaan pornografi selama dua bulan sebelum ditahan semalam. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang ibu muda berdepan kemungkinan hukuman penjara yang panjang kerana memuat naik kandungan lucah diri sendiri untuk meraih populariti di media sosial, lapor laman berita Coconut News.

-ADVERTISEMENT-

Polis di Garut, Jawa Barat menahan DC iaitu seorang wanita berusia 20 tahun, selepas dia dituduh menjual video seksnya melalui media sosial  untuk menjana pendapatan lumayan.

Menurut polis, DC  didakwa melanggar Undang-undang Pornografi Indonesia dan Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik (UU ITE).

“Dia mungkin berdepan hukuman penjara sehingga 12 tahun dan denda 1 bilion rupiah (RM299 ribu),” kata Ketua Polis Garut, Wirdhanto Hadicaksono.

Wirdhanto berkata,  polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan haramnya. 

Mereka menahan suspek di sebuah apartmen di ibu kota Jawa Barat, Bandung.

Mengambil petunjuk daripada kandungan dewasa daripada platform luar negara seperti OnlyFans, polis berkata DC menyiarkan secara langsung video tidak senonoh seksual yang menampilkan dirinya di platform media sosial.

Mereka yang ingin melihat lebih banyak gambar lucah atau bogel boleh mendapat akses kepada video peribadi yang lebih intim selepas memindahkan wang kepadanya.

DC bergiat aktif dalam kegiatan menjual bahan lucahselama kira-kira dua bulan sebelum ditangkap.

Pencipta kandungan dewasa Indonesia berdepan ancaman pendakwaan yang sangat serius kerana undang-undang negara yang melarang pornografi. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung