Nuffnang

Friday, August 5, 2022

Noh Salleh akhirnya mengaku sudah bercerai, kekal berkawan dengan Mizz Nina

 


Jodoh tak panjang... Noh dan Mizz Nina mengakhiri perkahwinan mereka selepas 11 tahun berkahwin.

SELEPAS mengambil langkah mendiamkan diri berhubung status rumah tangganya, penyanyi Noh Salleh akhirnya mengesahkan perkahwinan 11 tahun dibina bersama Mizz Nina sudah berakhir.

Mengumumkan perkara itu menerusi Instagram pada malam Khamis, Noh, 37, menjelaskan keputusan bercerai itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai perkara dengan teliti sebelum mereka bersetuju membawa haluan masing-masing.

"Saya dan Nina ada pengumuman penting untuk dibuat.

"Selepas banyak berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami berdua telah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing," katanya.

nOH ig

Noh mengumumkan perceraiannya dengan Mizz Nina di Instagram.

Bagaimanapun, Noh tidak mendedahkan tarikh sebenar mereka bercerai.

Pada petang Khamis, media melaporkan pasangan itu bercerai talak satu dengan lafaz dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 3 Ogos 2022.


Difahamkan permohonan cerai difailkan di mahkamah pada 14 Jun lalu.

Kisah Noh dan Nina atau Shazrina Azman, 42, mula mendapat perhatian sejak beberapa bulan lalu apabila timbul gosip kononnya hubungan mereka bagaikan retak menanti belah.

Doa-doa anda adalah yang kami perlukan.

NOH SALLEH

PENYANYI

Noh sebelum ini bagaimana menafikan dakwaan kononnya perkahwinan mereka bermasalah dan menganggap orang ramai telah tertipu dengan berita yang tersebar.

Bagaimanapun Nina sebelum ini menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram seakan memberi bayangan terdapat masalah dalam rumah tangga.

Dalam pada itu, Noh melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menghabiskan masa 11 tahun yang indah bersama-sama Nina mengharungi pelbagai penggembaraan, suka dan duka.

Meskipun sudah bercerai, Noh memberitahu mereka masih kekal sebagai kawan dan akan mendoakan kebaikan untuk satu sama lain.

xy

Pasangan ini sepakat membawa haluan masing-masing.

Menerusi kenyataan itu, Noh juga berharap peminat dapat mendoakan mereka terutamanya dalam tempoh Iddah yang sedang dijalani Nina selain menghormati privasi mereka.

Noh turut menyeru agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan andaian palsu tentang mereka untuk mengelakkan fitnah.

"Doa-doa anda adalah yang kami perlukan," tulisnya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung