Nuffnang

Saturday, August 6, 2022

Wanita tawar khidmat pujuk perempuan simpanan putuskan hubungan dengan suami orang

 

Dia berjaya memujuk 800 perempuan simpanan daripada terus berhubungan dengan suami orang dalam masa setahun. - The Paper


BEIJING – Seorang wanita dari Luoyang, wilayah Henan, China menjadi perhatian ramai disebabkan kemahirannya dalam memujuk perempuan simpanan agar menamatkan hubungan dengan suami orang, lapor laman Oddity Central, semalam.

Wang Zhenxi, dikenali sebagai Guru Pemujuk Perempuan Simpanan, yang merupakan satu pekerjaan profesional. Tugasnya adalah untuk meyakinkan wanita agar berhenti bercinta dengan suami orang.

Zhenxi menjadi terkenal apabila sebuah akhbar mendedahkan bahawa dia berjaya memujuk lebih 800 perempuan simpanan dalam masa setahun.

ADVERTISING
Ads by Kiosked

Wanita yang dianggap sebagai salah seorang pemujuk perempuan simpanan China yang paling berjaya itu menggunakan pengalaman peribadi dalam mencorak kerjaya tersebut. 

Ayahnya dikatakan curang terhadap ibunya ketika dia membesar, jadi dia mengetahui secara langsung kesan negatif hubungan luar nikah terhadap keluarga.

Zhenxi juga berdepan dengan situasi serupa apabila bekas suaminya bermain kayu tiga dengan teman wanita lama dengan alasan perkahwinan mereka adalah untuk memuaskan hati ibu lelaki tersebut.

Dia nekad memohon untuk bercerai dan mengejar kerjaya sebagai pemujuk wanita simpanan paling berjaya di China. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung