Nuffnang

Monday, August 8, 2022

Wow,, Tudia !!! Sup Thailand paling sedap di dunia, gulai Malaysia di tempat ke-20

 

Sup Khao Soi adalah hidangan istimewa penduduk wilayah utara Thailand terutama di Chiang Mai. - IAmFoodBlog


BANGKOK – Hidangan popular di utara Thailand  dinamakan Khao Soi diisytiharkan sebagai sup terbaik di dunia oleh platform penggemar makanan TasteAtlas.com, lapor laman berita Thaiger semalam.

Khao Soi mengungguli senarai ‘50 Sup Terbaik Dunia’ yang diterbitkan pada 25 Julai lalu.

Hidangan  Khao Soi berupa sup kari merah yang dicampur  daging atau ayam  dan mi telur. Ia kemudian ditambah mi rangup, limau nipis segar, kubis jeruk, bawang merah serta cili.

Khao Soi dipercayai dibawa ke utara Thailand oleh pedagang Cina Muslim dari wilayah Yunnan.

Sup itu diperbuat daripada santan dan pes kari merah. Kepedasan hidangan itu pula boleh diubah mengikut selera individu berdasarkan jumlah pes kari yang digunakan.

Perkataan Khao Soi bermaksud ‘nasi potong,’ walaupun hidangan itu menggunakan  mi.

Taste Atlas juga mengesyorkan 10 kedai makan untuk Khao Soi terbaik dunia yang kebanyakannya terletak di Chiang Mai, di mana Khao Soi dikenali sebagai hidangan istimewa. 

Selain Khao Soi, dua lagi hidangan Thailand turut tersenarai termasuk Tom Yum Kung dan Tom Kha Gai di tempat ke-13 dan ke-14. 

Sementara itu, hidangan dari Malaysia iaitu gulai dan laksa masing-masing menduduk tempat ke-20 dan 35 dalam senarai berkenaan. – Agensi 


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung