Pengerusi Penaja Muafakat Nasional Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard, mendakwa ada usaha untuk melindungi Menteri Belia dan Sukan daripada DAP, Hannah Yeoh, berhubung program ‘Jom Ziarah Gereja’ yang telah dibatalkan.
Menurutnya DAP menyedari apa yang dilakukan oleh Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut itu adalah satu kesalahan, tetapi parti itu akan berusaha melindunginya kerana ia adalah aspirasi DAP sejak Deklarasi Setapak 1967.
Manakala, Anwar pula dakwa Che’gu Bard, mengetahui apa yang dilakukan Hannah itu adalah salah dan membazir wang rakyat, selain melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara, serta mengancam akidah.
“Bagaimanapun Anwar akan terus berusaha menipu, memusing fakta melindungi semuanya kerana DAP memiliki jumlah kerusi yang banyak., dan jika DAP menarik sokongan, Anwar akan menjadi Perdana Menteri paling pendek dalam sejarah,” katanya dalam kenyataan hari ini (20 Mac 2023).
Che’gu Bard hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul susulan laporan yang dibuat Hannah terhadap beliau sebelum ini. Che’gu Bard juga turut membuat laporan balas polis terhadap menteri DAP itu.
“Dalam pada masa laporan saya tidak disiasat, Hannah Yeoh terus gunakan medan terbuka menfitnah saya. Dia berlakon menipu seolah dia mangsa. Gambaran buruk diberikan seolah saya anti-Kristian dan memusuhi agama lain.
“Perdana Menteri paling gagal pula muncul menambah fitnah jahat dengan menggambarkan isu ini dibangkitkan oleh pihak hilang kuasa dan lempar fitnah sangat jahat dengan mengatakan orang miskin sedia dibayar untuk buat kekecohan,” kata Che’gu Bard lagi.
Beliau juga sekali lagi mengulangi persoalan apakah yang telah beliau fitnahkan terhadap Hannah, sedangkan Impact Malaysia yang menganjurkan program ‘Jom Ziarah’ itu adalah agensi di bawah kelolaan dan mendapat dana Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Pada 13 Mac 2023 saya telah mendedahkan Impact Malaysia sedang rekrut remaja bukan Kristian (termasuk Islam) untuk sertai program “Jom Ziarah Gereja. Jelas poster berbahasa Melayu itu menyasarkan remaja Melayu Islam dan tertulis ajakan untuk peserta mengenali Kristian.
“Sah memang Impact Malaysia rekrut remaja bukan Kristian, termasuk Islam, untuk dibawa mengenal Kristian di gereja. Sah penganjur merupakan agensi di bawahKBS yang menerima budget RM5 juta setahun,” kata Che’gu Bard. kredit AD
No comments:
Post a Comment