Nuffnang

Thursday, June 8, 2023

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

 


Durian duri hitam yang terkenal di Malaysia ditanam di Vietnam dan dijual sehingga RM98.02 satu kg di ladang negara itu. - Foto VnExpress

HANOI – Durian duri hitam yang terkenal di Malaysia kini dijual di Vietnam selepas ditanam di Delta Mekong dan dijual sehingga 500,000 dong (RM98.02) setiap kilogram (kg), lapor laman berita VN Express hari ini.

Seorang penanam pertama durian itu yang dikenali sebagai Thuc berkata, dia telah menanamnya sejak 2019 dan kini mempunyai sekitar 20 batang pokok.

“Musim ini setiap satu pokok akan mengeluarkan 60 kg buah secara purata.

“Saya akan mendapat 200 kg buah tetapi tidak dapat memenuhi permintaan. Durian jenis ini tumbuh dengan baik di Delta Mekong, justeru, kami akan menanamnya lebih banyak,” katanya.

Thuc menjual durian itu pada harga 450,000 dong (RM78.42) hingga 500,000 dong (RM98.02) untuk 1 kg di ladangnya. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung