Nuffnang

Wednesday, July 26, 2023

[VIDEO] Datuk ‘stres’, ajar cucu baru kahwin bergambar

i

Tangkap layar seorang warga emas mengajar cucunya yang baru berkahwin untuk bergambar bersama suami.

PETALING JAYA – Seorang warga emas tidak dapat menahan ‘stres’ apabila cucu perempuannya yang baru bernikah kelihatan malu-malu untuk ‘posing’ (bergambar) bersama pasangannya.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian Aniz Ridzwan di TikTok, lelaki tersebut yang dipanggil Tok Wan dilihat segera tampil ke depan dan mengajarnya untuk ‘bergambar manja’ bersama suami.

“Bila Tok Ayah stres tengok cucu dia yang baru kahwin tak reti posing sebagai suami isteri, ” tulisnya pada kapsyen.

Ads by Kiosked

Orang ramai yang menonton video tersebut terhibur dan menyifatkan datuknya itu seorang yang memahami manakala pasangan pengantin baharu itu pula ‘comel’.

“Tokwan sporting betul, comel ja pengantin baru, malu-malu,” komen Kak Izzah.

“Kena tonyoh ha. Atok mesti geram,” kata Hannis.

“Sumpah comel gila,” ujar Pinol Store.

Sejak ia dikongsikan pagi tadi, video tersebut berjaya mendapat 584,000 jumlah tontonan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung