JAKARTA – Seorang lelaki nekad mahu memperbaiki hubungan dengan isterinya dan meminta supaya wanita itu dibebaskan daripada hukuman walaupun kemaluannya dikerat tertuduh Mei lalu, lapor laman berita Detik.
Permintaan itu dibuat menerusi nota rayuan kepada sebuah mahkamah di Solo, Indonesia.
Tertuduh, Yenita Carolina kemudian meluahkan rasa syukur atas tindakan lelaki itu.
Menurut Yenita, dia ketika itu berasa marah dan tertekan kerana diceraikan mangsa selain perlu menanggung hutang mereka berdua.
“Ketika itu, saya masih berperang dengan emosi dan berasa marah. Dia (mangsa) pernah berjanji untuk menyelesaikan sebarang masalah bersama. Saya juga sudah banyak berkorban kepadanya,” katanya.
Yenita juga mengaku menyesal dengan perbuatannya dan meminta hukumannya diringankan.- Agensi
No comments:
Post a Comment