Nuffnang

Monday, September 11, 2023

Jualan bakso di lokasi kebakaran hutan ‘laku keras’

 


Petugas kecemasan itu mengerumuni penjual bakso di lokasi kebakaran hutan. - Instagram

JAKARTA – Bakso yang dijual seorang lelaki di Indonesia laris ketika dia menjaja makanan itu di kawasan kebakaran hutan di daerah Kubu Raya, wilayah Kalimantan Barat.

ADVERTISEMENT
Ads by

Laman berita Suara.com melaporkan, video kejadian itu dimuat naik dalam akaun Instagram @pontianak_update.

Penjual bakso itu pada awalnya dilihat menunggang motosikalnya memasuki kawasan hutan yang telah hangus terbakar. 

Dia kelihatan tersenyum lebar apabila sekumpulan anggota bomba yang berkumpul di lokasi tersebut memberhentikan motosikalnya untuk membeli makanan.

Belum sempat dia turun daripada motosikal, petugas kecemasan yang dilihat penat dan kelaparan itu sudah pun mengerumuni penjual tersebut. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Penjual bakso yang bijak, tahu sahaja ada yang lapar,” komen seorang netizen.

“Definisi rezeki datang dari mana sahaja asalkan mahu berusaha dan sabar,” komen netizen lain. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung