Kuala Lumpur: Tiada ribut dan angin secara tiba-tiba seorang pengadil yang sedang mengendalikan perlawanan futsal di sebuah pusat sukan dekat Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini di 'muay thai' oleh seorang pemain.
Lebih malang lagi, kejadian terbabit disaksikan sendiri seorang wanita dipercayai isteri kepada pengadil berkenaan sebelum dia berkongsi insiden itu di media sosial.
Wanita terbabit yang menggunakan nama akaun Nnies Adniza berkongsi klip video berdurasi 13 saat yang memaparkan pengadil melayangkan kad merah kepada seorang penjaga gol selepas ia dilihat melakukan kekasaran yang membahayakan pemain lawan.
Namun, secara tiba-tiba seorang pemain 'naik hantu' sebelum meluru masuk dan melompat serta menyerang seperti ala Muay Thai dengan menggunakan lutut ke arah belakang badan pengadil berkenaan.
"Ada seribu rasa ingin diluah tapi kami berserah pada pihak lebih berkuasa untuk jatuh hukuman. Bukan kami takut untuk melawan tapi kami ada adab.
"Ya ALLAH hancur hati seorang isteri seorang anak bila ketua keluarga diperlakukan begitu. Apa hak anda nak tendang orang yang mencari rezeki.
"Kau dah salah tapi kau rasa hebat sangat. Jadi sekarang kau hadap la ya apa saja hukuman," tulis Nnies Adniz.
Berdasarkan kepada komen netizen, kejadian terbabit dipercayai berlaku pada Khamis lalu membabitkan perlawanan Liga Futsal Kuala Lumpur.
1 comment:
Yang kena talak 3 selepas sedar kena kencing lagi sedih.
Post a Comment