BANGKOK – Sepasukan anggota polis dan beberapa agensi kerajaan di wilayah Phetchaburi melancarkan serbuan selepas menerima laporan mengenai aktiviti berkaitan dadah melibatkan sekumpulan remaja termasuk bawah umur, di sebuah hotel di Ban Lat, lapor laman berita The Pattaya News.
Operasi itu dilakukan bagi menghapuskan penggunaan bahan-bahan terlarang semasa cuti Tahun Baharu oleh anggota Polis Diraja Thailand.
Menurut polis, lebih 60 remaja termasuk yang berusia bawah 18 tahun didapati menggunakan bilik karaoke hotel tersebut dan berparti dengan menggunakan bahan terlarang.
Anggota polis menahan mereka dan merampas sejumlah pil ketamin serta metamfetamin, selain pistol tidak berpeluru yang dimiliki secara haram.
“Ramai pengunjung parti didapati positif dadah,” kata polis. – AGENSI
No comments:
Post a Comment