Nuffnang

Monday, December 30, 2024

Che Ta dah bayar RM550,000 pinjaman MARA

 


MARA berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550,000 daripada Che Ta sehingga Jumaat lalu, manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum penghujung Mac. - Foto IG Rozita Che Wan
MARA berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550,000 daripada Che Ta sehingga Jumaat lalu, manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum penghujung Mac. - Foto IG Rozita Che Wan

KUALA LUMPUR: Tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap pelakon, Rozita Che Wan ditangguhkan selepas Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya mendapat sebahagian bayaran tertunggak.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MARA berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550,000 sehingga Jumaat lalu, manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum penghujung Mac.

"Sudah saya tegaskan bahawa MARA tidak akan berkompromi dengan segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat yang diamanahkan.

"Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan terbabit diserbu pegawai MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Rozita atau Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017 dan dilaporkan pernah melunaskan pinjaman hutang sebanyak RM50,000.

Malah, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu turut dikatakan sudah melunaskan bayaran di pejabat MARA, baru-baru ini, namun tidak dapat dipastikan jumlah dibayar.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung