Nuffnang

Sunday, November 5, 2023

70 pelajar sabung nyawa seberang sungai penuh buaya setiap hari

 


Kanak-kanak membahayakan nyawa mereka untuk ke sekolah. - Jam Press Vid

BOGOTA, Colombia  – Lebih 70 pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar Villalaydee, dekat bandar Santa Marta mempertaruhkan nyawa mereka pada setiap hari dengan menyeberangi jambatan sementara untuk ke sekolah.

Laman berita Thaiger melaporkan, jambatan itu dibina menggunakan batang paip dan tali merentasi Sungai Kaira yang dipenuhi buaya.

Salah seorang penduduk, Dorisa Fadul berkali-kali membuat rayuan kepada pihak berkuasa supaya membina jambatan yang selamat untuk pelajar, namun permintaannya tidak diendahkan.

“Kami mempunyai jambatan kayu yang kami bina sendiri, tetapi ia mula rosak pada Januari tahun ini dan runtuh sepenuhnya pada 1 Julai lalu,” kata Fadul.

Selain berdepan risiko dihanyutkan arus deras sungai pada bila-bila masa, pelajar-pelajar itu juga berisiko dibaham buaya yang menghuni ekosistem sungai itu.

“Apabila paras air rendah, orang ramai boleh melintasi kawasan ini menggunakan rakit, yang juga sangat berbahaya.

“Tetapi apabila air naik, orang ramai tidak boleh membahayakan nyawa mereka dan kanak-kanak tidak mempunyai pilihan lain selain menyeberangi jambatan paip untuk ke sekolah,” katanya. – Agensi

 

Friday, November 3, 2023

Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut

 


SEORANG lelaki (dalam bulatan) berjalan di tengah laut di Pantai Alue Naga, Aceh baru-baru ini. - Foto TikTok/@rumponaluenaga

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang lelaki yang kelihatan seperti berjalan di atas laut di Aceh baru-baru ini, lapor laman berita Prohaba kelmarin.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok menggunakan akaun @rumponaluenaga pada Khamis minggu lalu. 

Ia dirakam oleh pemancing yang sedang duduk di atas sebuah bot.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung