Nuffnang

Wednesday, March 10, 2010

Singgah Sebentar Di Pulau Betung

Penulis Bergambar Di atas Batu, Tempat Pukulan Ombak...dulu

Pantai Yang Kelihatan Tenang


Pulau Betung nun Jauh di Sana.....



Disinilah Pukulan Ombak Tsunami yang mengorbankan 5 orang kelihatan tenang dan menanti pengunjung yang datang pada hujung minggu..
Salam Buat Semua

Penulis baru pulang dari buat lawatan ke Kampung Perlis, Balik Pulau Pinang. Sementara menuggu waktu zohor penulis dan rakan berkunjung ke Pantai Pasir Panjang, Pulau Betung , Balik Pulau, Pulau Pinang . Bagi melihat serta mengimbau kembali sejarah duka orang Balik Pulau. Sebagaimana yang kita maklum, Pulau Pinang telah dilanda Tsunami pada tahun 2006. Kg Mas Aji di Butterworth pun kena.... habis puluhan perahu rosak...itulah ujian dari Allah.
Moral Of the story..penulis ingin menyatakan bahawa ..Tsunami yang melanda di Negara Kita...adalah sebagai peringatan kepada hambanya..untuk lebih bertakwa kepadanya.. tempat yang dilanda Tsunami mempunyai nostaljianya tersendiri....mengapa ia berlaku...fikir -fikirkanlah wahai sahabatku !!!!!.

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, March 9, 2010

Kedai Aksesori Seks Pun Ada

Aksesori seks dijual terbuka
Oleh SUHANA VERU, MAZLINA ABDUL MAJID dan NOR AZIRAN YUNUSberita@kosmo.com.my

SEORANG pelajar sekolah yang masih berpakaian seragam turut mengunjungi kedai seks.
KUALA LUMPUR - Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.
Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara.
Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.
Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.

Kesimpulan : Apa lah nak jadi anak anak zaman sekarang , YaAllah tolonglah kami, jauhkanlah anak anak kami dari perkara yang memudaratkan . Banyak perkara yang perlu diteliti dan perlu pemantauan yang lebiha berkesan oleh pihak berwajib....Jauhkan diri anak anak kita dari perkara-perkara yang membinasakan mereka.

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung