Oleh SUHANA VERU, MAZLINA ABDUL MAJID dan NOR AZIRAN YUNUSberita@kosmo.com.my
SEORANG pelajar sekolah yang masih berpakaian seragam turut mengunjungi kedai seks.
KUALA LUMPUR - Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.
Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara.
Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.
Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.
Kesimpulan : Apa lah nak jadi anak anak zaman sekarang , YaAllah tolonglah kami, jauhkanlah anak anak kami dari perkara yang memudaratkan . Banyak perkara yang perlu diteliti dan perlu pemantauan yang lebiha berkesan oleh pihak berwajib....Jauhkan diri anak anak kita dari perkara-perkara yang membinasakan mereka.
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment