Nuffnang

Tuesday, March 9, 2010

Pesara Mati , Lima Cedera Rempuh Lembu

Salam Buat semua

KUALA LUMPUR 8 Mac - Meskipun banyak didedahkan oleh akhbar tentang bahayanya pencerobohan haiwan ternakan di lebuh raya namun perkara itu terus berlaku.
Lebih malang, kali ini meragut nyawa seorang pengguna tidak berdosa dan hampir mengorbankan lima yang lain, dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan.
Kejadian berlaku pada pukul 6.30 pagi, di Kilometer 445 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara, berhampiran susur keluar Rawang.
Segala-galanya berpunca gara-gara sebuah kereta BMW 5 Series yang dipandu laju gagal mengelak lalu merempuh seekor lembu jantan dianggarkan seberat 100 kilogram di lorong ketiga lebuh raya berkenaan. Rempuhan kuat mengakibatkan kereta BMW itu terbalik di laluan sama manakala haiwan tersebut pula tercampak kira-kira tujuh meter ke laluan paling kiri.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Nissan Frontier dinaiki tiga orang, yang mengekori kereta itu pula gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar kereta BMW berkenaan.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, keadaan diburukkan lagi apabila sebuah kereta Perodua Viva yang cuba mengelak lembu itu di laluan kiri terbabas dan merempuh penghadang jalan. "Rempuhan itu mengakibatkan penumpangnya yang berusia 55 tahun terbunuh setelah cedera parah di kepala dan dada.
"Mangsa dan pemandunya tersepit dan kita terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, mayat mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dekat sini, untuk dibedah siasat.
Beliau berkata, lima lagi mangsa yang terdiri daripada pemandu BMW, tiga penumpang dan pemandu Nissan Frontier dan pemandu Perodua Viva hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Nota : Mas Aji juga pernah mengalami masalah yang sama 15 tahun yang lalu. Mas Aji telah menuggang motosikal secara berkonvoi, kami berkonvoi dari Butterworth ke Baling tiba di Kupang , tiba tiba Lembu melintas maka... Mas AJi pun langgarlah lembu tersebut..akibatnya tangan Mas Aji patah. Apa yang diharapkan supaya pemilik lembu menjaga lembu dengan baik. Ikat lah lembu atau masukan ke dalam kandang agar tidak menyusahkan orang.


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

1 comment:

addy saufi said...

sya pon beberape kali nk xcident bila blik kg d perak ngn klantan...woooo syangnyer kete klu xcident..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung