Nuffnang

Saturday, January 25, 2014

Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) menafikan ia menganjurkan lawatan M.B , Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika.


Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) menafikan ia menganjurkan lawatan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika.
  
"Lawatan itu bukan anjuran YDSM, dan ia tiada kaitan dengan program yayasan," kata Setiausaha Kerja YDSM Mohd Azrul Ismail dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata yayasan itu hanya menjalankan kerja amal bagi memberi sumbangan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi, kesejahteraan hidup dan pendidikan rakyat, selain melakukan program penyelidikan sejarah, pembangunan seni warisan serta pemuliharaan alam sekitar negeri itu.
  
Pada 15 Januari lepas, akhbar melaporkan satu kenyataan bahawa Ahmad akan mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Kenyataan itu, yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Terengganu, menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).

Gambar Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Di Tahan Polis Kerana Menyerang & Memukul Ketua Penolong Pengawai Daerah...

Gambar Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Antara 7 Individu Yang Di Tahan Polis Kerana Menyerang & Memukul Ketua Penolong Pengawai Daerah...

Dua hari lepas Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Abu Hassan serta anggotanya menjalankan tugas penguatkuasaan ke atas 14 buah struktur kosong berupa gerai haram yang sedang dibina serta yang baru dibina.

Mangsa diserang sampai bajunya terkoyak di depan kira-kira 35 anggota polis oleh sekumpulan samseng gedebe yang diketuai oleh Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin.

Ekoran insiden itu, pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri hanya merobohkan gerai Melayu sahaja.

Walhal, jelas , aduan berwajib yang diterima PBT sebenarnya daripada orang tempatan Melayu sendiri.

Polis telah menahan 7 orang lelaki untuk membantu siasatan termasuk Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung