Nuffnang

Tuesday, March 2, 2010

Srikandi PLUS HIGHWAY

Dua Srikandi Plus
Salam Buat Semua


Dua wanita hebat kendali pengurusan Lebuh Raya Utara Selatan

LEBUH raya Utara Selatan yang melakar sejarah apabila berjaya dibina menghubungkan utara Semenanjung Malaysia sehingga ke penghujung benua Asia memerlukan pengurusan khusus bagi memastikan kelancarannya. Namun, siapa sangka operasi keseluruhan lebuh raya Plus Expressways Berhad (Plus) itu diuruskan dua wanita unggul yang digelar Power Puff Plus.

Mentadbir keseluruhan perjalanan harian syarikat termasuk mengawal anak syarikat dari segi operasi, strategik dan hala tuju syarikat, Pengarah Urusan Plus, Noorizah Abd Hamid, 49, mengakui kerja berkenaan hebat cabarannya. Namun, pengurusan itu juga tidak mungkin berjaya tanpa bantuan Ketua Pegawai Operasi Plus, Nik Airina Nik Jaffar, 46, yang bertanggungjawab mencari peluang mengembangkan syarikat hingga ke peringkat global bagi mencapai misi dan visinya.
Diberi gelaran Power Puff Plus, dua wanita profesional itu berpendapat, mungkin Plus melakar sejarah dengan pelantikan wanita dalam jawatan tertinggi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi pertama dalam sektor lebuh raya negara. Gelaran itu juga mungkin diberikan berikutan kewibawaan menerajui syarikat konsesi tol terbesar di Malaysia, yang pada kebiasaannya dianggap hanya mampu dilakukan lelaki.
Sempena meraikan perayaan Tahun Baru Cina hujung minggu ini, laluan Plus menjadi tumpuan ramai apabila masyarakat kota akan berpusu-pusu pulang ke kampung. Bukan itu saja, setiap kali menjelang musim perayaan, Noorizah dan Nik Airina adalah tonggak utama memastikan perjalanan semua pengguna lebuh raya itu selamat dan berjalan lancar dalam keadaan selesa. Dalam kesibukan itu, Ratu berkesempatan menemuramah dua personaliti Plus di pejabat mereka di Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, Lebuh Raya Baru Lembah Klang, baru-baru ini. Dua karakter berbeza, Noorizah dan Nik Airina mengetahui selok-belok dan cabaran dalam dunia ‘lebuh raya’ mereka. Sumber Berita Harian .

Nota : Itulah Kesimpulan kepada wanita Muslimah yang telah mentadbir dengan baik Syarikat Lebuhraya Negara PLUS. Kejayaan mereka adalah dengan bimbingan dan sifat ketakwaan yang ada pada diri mereka. Teruskan perjuangan.

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung