Nuffnang

Monday, March 1, 2010

Pening '!! (Petikan Dari Blog Mazidul TV 3)

Ibu mangsa bunuh, Syafia Humairah Sahari, 3 tahun, Siti Nurhanim Aziz, 25 tahun menafikan (baca: di Buletin Utama TV3, 28 Februari) dia mengandung 4 bulan.
Tubuh dia, perut dia, rahim dia, jadi kita terima kenyataan itu.
Namun dia tidak menafikan kenyataan (baca: mengaku) mempunyai anak lelaki, Shakimi Iqbal Sahari. Bayi didakwa anak bersama suaminya Sahari Usol, 33 tahun. Suami dia, anak dia, justeru dia lebih tahu. Cuma ada satu perkara kurang jelas pada pandangan saya.

Menurut laporan akhbar (baca: tidak dinafikan Nurhanim setakat ini), suaminya, Sahari ditahan reman tanpa jaminan di Penjara Sungai Buloh sejak tahun 2006 kerana kes bunuh (baca: belum disahkan Jabatan Penjara Malaysia).
Biarpun sistem parol (baca: banduan dibebaskan lebih awal sekiranya memenuhi syarat ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia) telah dilaksanakan, namun kes membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh, TIDAK boleh diparol. Maksudnya, sejak 4 tahun lalu Nurhanim tidak bertemu suaminya. Dia mendakwa digantung tidak bertali (baca: belum bercerai secara sah) dek suami, berikutan itu Nurhanim bercadang akan membuat tuntutan fasakh.
Mungkin ada antara kenyataan di atas tidak tepat. Tetapi ANDAI semua kenyataan di atas itu fakta, timbul satu persoalan perlu disahkan jawabannya.
Anak bongsu Nurhanim, Shakimi berusia 1 tahun 6 bulan (18 bulan) manakala suaminya tidak pernah dibebaskan sejak 4 tahun ( 48 bulan) lalu.
Bukan kah perempuan mengandung hanya lebih kurang 9 bulan? Bukan 2 tahun 6 bulan (30 bulan). Matematik : 18 bulan + 30 bulan = 48 bulan = 4 tahun.Lebih menarik, Nurhanim dan 'Abang Mat' (baca: panggilan nama suspek) dilaporkan mula menjalin hubungan sejak 4 tahun lalu, ketika dia masih isteri orang (baca: status masih sama sehingga kini). Mereka juga berjaya mengelirukan penduduk kampung kononnya mendakwa suami isteri sah. Laporan akhbar hari ini mencatatkan ayah Nurhanim berkata, dia menikahkan anaknya dengan suspek.

Pening!
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, tindakan akan dikenakan kepada pasangan terbabit mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Sekiranya Nurhanim dan 'Abang Mat', didapati bersalah melakukan persetubuhan haram, mereka boleh didenda RM5,000 atau dipenjara kurang 3 tahun atau SEBAT tidak melebihi 6 kali atau kombinasi berkenaan.


NOTA Saya berharap ada pihak mengambil sampel DNA Syafia dan juga bayi terbabit bagi memudahkan pihak berkuasa menentukan identiti bapa mereka. Fikir fikirkan lah sendiri. Yangbaik dari Allah yang buruk dari kita sendiri.


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung