Nuffnang

Thursday, December 9, 2010

Bayar atau Ke Mahkamah....Pilihan di tangan anda



Sejak kadar diskaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) diumumkan pada 1 Disember lalu, Unit Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini tidak menang tangan melayan pengguna yang ingin menjelaskan saman tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, setiap hari hampir 300 pengguna datang untuk berbuat demikian.

Ekoran itu, katanya, pihaknya berjaya mengutip bayaran saman sebanyak RM1 juta dalam tempoh berkenaan.

“Purata kutipan bayaran saman di Unit Trafik IPD Ipoh adalah RM35,000 sehari.

“Malah ada seorang pesalah saman trafik hadir untuk menjelaskan 50 keping saman sekali gus di sini beberapa hari lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau perjalanan pembayaran saman trafik oleh orang ramai di Unit Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini semalam.

Azisman berkata, beliau percaya kesesakan unit trafik itu berkaitan dengan pengumuman tawaran kadar diskaun sehingga 50 peratus ke atas saman trafik PDRM baru-baru ini.

Mengikut laporan dari PDRM dari tahun 2000 hingga 2009 terdapat kira kira hampir 2 billon lebih yang belum bayar saman polis..la nie berkemungkinan telah berkurangan di sebabkan , kempen , penerangan serta diskaun yang telah diberikan oleh pihak PDRM..kepada sesiapa yang belum bayar eloklah bayar ye...sebelum anda di bawa ke mahkamah...huhu...anda boleh cek dalam laman web polis selamat mencuba...

14 comments:

Penulis Rindu said...

aku tak mau di saman ye...

Geng Borak said...

dua dua tak mau... hehehe

zulkbo said...

salam..
jika di pandang sebagai pengajaran buat pesalah trafic..alhamdulillah,cuma saya takutkan pihak trafic pula seronok incomed bertambah.jadi macam penambah pendapatan pula..takut nanti ada saman ekor yang entah betul ke tidak..???

gunsirit said...

Saya pernah disaman dan pernah masuk mahkamah, yang anehnya kompaun Rm2000 boleh jadi RM250 bila merayu dalam mahkamah.. :)

Penulis Rindu said...

makasih

kid : kena bawa perlahan ye

zul kibo....takut cam tu la

sud@is said...

ni la time yang tepat nak bayar saman...jom semak...

Penulis Rindu said...

terima kasih

gunsirit : betul dan pelik ye

sudais..: kena pi cepat ye

Kaseh NazLieza said...

nsb baik xpenah dpt saman lg..uhuuu

Penulis Rindu said...

makasih....kaseh Nazlieza

Nizam Awang Brahim said...

Kala cek mau terkantoi ni

ASSOYFINGER67 said...

Allah selalu bagi diskaun/potongan 100 peratus pada insan yg sanggup
bertaubat dgn sebenar2 taubat....rebutlah segera..huhu

Seri Bahasa said...

takut pulak duit saman tu kerajaan buat project yg tak mendatangkan faedah kepada rakyat.

a loqman said...

terima kasih

Jejaka desa

Assoyfinggger : Allah maha kaya

Sri : Makasih sri

lyly said...

bayar je lah..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung