Nuffnang

Friday, December 10, 2010

Bilik rahsia WikiLeaks seperti filem James Bond


BEBERAPA orang bekerja di bilik bawah tanah WikiLeaks di Stockholm, Sweden.

STOCKHOLM, Sweden – Bilik bawah tanah yang menempatkan pelayan-pelayan komputer milik pengasas laman web Wikileaks, Julian Assange (gambar) umpama set filem James Bond, lapor sebuah akhbar semalam.

Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia.

Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit.

Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin.

Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams.

Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm.

Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal.

Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air tejun buatan.

Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan.

Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara.

Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa.

Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam.

Assange kini ditahan di Britain selepas polis menangkapnya dengan menggunakan waran tangkap polis Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita. – Agensi

PINTU masuk ke bilik bawah tanah laman WikiLeaks di Stockholm, Sweden.

13 comments:

Khairy said...

wikileak ni ada juga dedah kan banyak skandal kat malaysia...sebab tu malaysia ban web diorang ni....

Abu Luqman said...

terima kasih khairy

ctpayong said...

salam...

pendedahan untuk pemulihan awam & alam kita harus terima dan sokong. but still kesahihan itu perlu diteliti.

Kaseh NazLieza said...

canggih btol bilik sulit dia..

Abu Luqman said...

terima kasih

ct payung

kaseh Nazlieza

iniialahaku said...

gila stail pjbat dia kan??gempak..maunya malaysia xban..suma bnda nak leaking je..kantoi nnti sush dah nk cover

r|nA @ ja|j|na said...

fuyooo, mmg canggih..

Kenzo@MrConteng said...

wow! hebat!

Penulis Rindu said...

terima kasih

azrina : hebat ye

Kenzo : pejabat depa huh hebat ye

inilah aku makasih ye

AngahSayang2314 said...

wah bestnyerrrrrrr..... kalau netul2 kan best ehehe

Penulis Rindu said...

ini semua keja US tu...

Seri Bahasa said...

amerika dah guna taktik kotor bila kena batang hidung dia bila wikileaks dedahkan rahsia mereka di afghanistan.

KentangPanas said...

perghhh.. memang dasaar owg jahat...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung