Nuffnang
Saturday, January 8, 2011
Catriona Ross Disuruh Buka Tudung
KUALA LUMPUR: Pelakon Catriona Ross mengakui kecewa dengan sikap segelintir pengarah yang mendiskriminasikan pelakon-pelakon bertudung dengan watak yang diberikan terlalu stereotaip.
Katanya, sejak tampil dengan penampilan baru dia hanya mendapat tawaran watak-watak yang kecil dan sampingan sahaja biarpun pada asalnya pihak produksi menawarkannya watak utama.
"Saya kecewa sebab pada asalnya mereka tawarkan watak yang berat dan mencabar tapi bila saya terangkan bahawa saya sudah bertudung, mereka akan tukar watak tersebut kepada watak lain yang kurang mencabar.
"Ada juga yang terus tidak hubungi saya apabila mengetahui saya sudah bertudung," katanya mengakui sukar meyakinkan pihak produksi dengan keupayaannya membawakan watak mencabar.
Dalam pada itu, menurut Catriona, terdapat juga pihak produksi yang meminta dia untuk membuka tudung bagi melakonkan sesebuah watak.
"Bila saya cakap saya bertudung, mereka akan bertanya sama ada saya boleh buka atau tidak untuk watak tersebut. Saya kecewa sebab mereka ambil remeh tentang perkara ini.
"Mereka ingat saya pakai secara suka-suka dan samakan saya dengan pelakon lain yang boleh buka tudung. Pendirian saya tetap untuk tidak membuka tudung," katanya.
Selain itu, Catriona yang menganggap kemunculan pertama dalam drama terbaru Sakti Delima akan membuka mata produksi lain tentang penampilan seseorang tidak membataskan bakat yang ada.
"Selepas bersalin banyak juga tawaran yang saya tolak sebab bagi saya tidak bersesuaian dan tawaran yang datang oleh JS Pictures Sdn Bhd tepat pada masanya,
"Dalam drama ini saya melakonkan watak antagonis iaitu seorang ahli sihir yang menjadi penghalang kepada Siti Melur mendapatkan rantai Sakti Delima " ujarnya.
Menurut Catriona, kali pertama menerima tawaran tersebut, dia begitu teruja dan menganggap ia sebagai peluang baik untuknya kembali berlakon.
"Ketika mendapat tawaran memainkan watak ini, saya terus terima tanpa berfikir lama. Bagi saya ini peluang terbaik untuk kembali ke depan televisyen dengan memberi watak yang boleh diingati," katanya.
Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis.
Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim. MSTAR onlie..
Malang sungguh nasib artis, baru saja hendak mendapat nur iman dan ubah cara hidup lama dan berjinak nak pakai tudung, sudah di suruh buka tudung pula. Semoga Allah memberi kekutan kepadanya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Pempengaruh Hanis Zalikha mendedahkan empat bekas pekerjanya yang didakwa terbabit dalam kes pecah amanah sudah tiada kaitan dengan diriny...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
50 comments:
baru sahaja..orang nak belajar.buat baik..disuruh kembali seperti syle lama pulak
itulah dugaan tuhan untuk melihat kesabaran dan keimanan kita..rezeki ada dimana mana
mungkin ada yg menganggap bertudung hanya fesyen, bukan hukum yg mewajibkan wanita islam menjaganya. hmm... semoga pengarah2 yg buat dia camtu sedar... harap catriona juga banyak bersabar...
betul..org nak berubah ke arah kebaikan..
makaish ye...
yahaya
annaariah
mama JNJ
itulah bila mereka menganggap tudung hanya sebagai fesyen
setiap perilaku kita, akan didatangi dgn ujian utk tgk sejauh mana ketabahan& kesabaran kita. skg ni, semua tu ujian catriana ross, kalau iman dia kuat, mmg dia niat bertudung, insyaAllah, dugaan ni sementara, masa depan rezeki dia lagi byk.
cobaannnnn
makasih Ibu Intan
Nur Hani
Zaiya
saya setuju dengan tindakan Catriona mempertahankan tindakannya tidak membuka tudung,bukan seperti artis-artis lain yang sanggup membuka tudung dengan alasan yang tidak boleh diterima sama sekali!
salam..
baru tengok beliau dalam
tv minggu lepas..insaf bila
dengar kisahnya bertudung..semoga beliau terus tabah dalam menghadapi situasi meruncing dalam hidup..dugaan Allah jua..apalah sangat rezeki kalau tak berkat..
weekend visit... mampir bos..
makasih
ummirasa
zulkibo
elmoon
salam, sanggup menyuruh orang buat kemungkaran demi nak lariskan filem sendiri...masyaAllah.
manusia yang seperti ini tak lebih daripada seorang manusia yang tidak bersyukur kepada Allah..mencari kemurkaan Allah...semoga artis2 yg baru memakai tudung akan sentiasa istiqamah insyaAllah..sbb mereka kelihatan lebih muslimah dan makin dipercayai..apabila merak bertudung..
BETUL....ada la sesetengah pelakon suka hati je dia nak pakai tudungg masa-masa tertentu...diorang pikiq pakai tudung nie cuma fesyen ke apa...padahal menutup aurat nie satu kewajipan..
dan bila kata pakai tudung tu, mestila menutup aurat sepenuhnya...kalau nampak rambut,bentuk sanggul, bentuk leher dan sebagainya, takde gune...lebih kurang sama gak ngan tak pakai tudung...
ni lah sesetengah org pompuan zaman sekarang, pakai tudung, nampak aurat..ada yang tahu pun, tetap pakai jugaq..haish apa nak jadi daa
kesian dia..
xsangka ade gak org yang nak suruh bukak2 tudung ni..
pkai tudung tu kan wajib..
itu menguji kekuatan iman seseorang
harap dia tetapkan pendirian.. rezeki pemberian ALLAH s.w.t tu ada dimana2 aje..
emphhhh....kalau betul-betul nak berubah...keluarlah dari bidang tu...tobat betul-betul...
Terima kasih semua ye.........
dunia..dunia..
pedulikkan aje dorang kak CAT! ^^
inilah orang melayu kita...mentaliti yang kolot.....
asal berlakon je mesti nak free hair...seksi meksi.....
rosak la anak melayu....
Dugaan buat catriona, semoga dia teguh dalam keimanannya.....:)
dugaan nei...ape2 yg pnting bertahanla ctriona...pertahankan prinsip anda
makasih...
semoga Allah memberi kekuatan kepadanya
kalau nak buat baik, memang banyak cabarannya. berusaha!!
ish nk lakukn filem pun jgn r pai nk suro org buka tudung..
salam ...agar beliau menganggap ini adalah ujian dari Allah(sememangnya),dan berasa bertuah kerana dipilih melalaui semua ini...sama2 kita berdoa agar beliau kuat semangat dan tak was2...walaupun kadang2 yg menyuruh tu pun seagama..
terima kasih
assoy
tip kurus
ruby
mudahan catriona akan kekal dengan imej barunyer :))
semoga dia diberikan kekuatan menghadapi ujian itu..
smoga Catriana bersabar menerima kritikan.jgn mudah mengalah.bertudung bukan penghalang segala perbuatan dan pekerjaan.
nate beruk punyer pengarah tuh!! meh cnie aku sembelih bgai anjing makan..
makasih..
mappiau
nanui joe
sri ayu
mabk.abu bakar
Sabar lah Cat...mungkin ini dugaan awal
baru tahu catrina dah bertudung ya... heheh, kakyong ni tak maik tahu hal dunia artis ni...
sweet bila dah bertudung, semoga cat istiqamah dgn bertudung..
makasih ye
Azimah...
MKak Yong..saya bukan aik tahu..tapi dah baca Akbar online..mcm tu la
Biasalah tu, tu semua ujian tu.
mudah2 an cat ok.. tabah je..diorang tu jahil agama..jgn pandang orang pakai tudung ni x leh buat sesuatu ok!! bakat tu memang dari kecil..
moga2 beliau kekal istiqamah.
insyaAllah.
makasih
genfujita
Rozuan Ismail
Latifah
semua tu ujian. diharap Catriona tabah dan kekalkan imej bertudung.
Entry terbaru: Facebook Akan Ditutup ?
mahu melakukan kebaikan itu pasti banyak halangannya...
kalau boley la.. nk ckp kat sis cat dpn2..
"be strong"
ujian bila nak berubah mmg akn dtg bertubi2.
makasih
gezek36
biskut
man na salwa
dlm melakukan kebaikan pasti byk halangan menanti...
terima kasih caliph
kami semua berdoa semoga kau kekal dengan pakaian seegini..(cara Islam)
Post a Comment