Nuffnang

Thursday, March 29, 2012

3 rakyat M'sia ditahan tanam pokok ganja di Melbourne


Inilah Pokok Ganja...

Tiga rakyat Malaysia antara enam yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam beberapa serbuan polis di Melbourne Selasa lalu dan merampas ganja bernilai A$3.7 juta.

Lebih 1,500 pokok ganja turut dirampas dalam serbuan serentak di beberapa buah rumah di pinggir bandar Dandenong, Springvale, Carrum Downs, Clarinda dan Mulgrave.
    
Menurut satu kenyataan polis, rakyat Malaysia berkenaan berumur 42, 38, dan 26 tahun yang kini ditahan pihak imigresen.
    
Polis telah mendakwa lelaki berumur 26 dan 42 tahun itu, kedua-duanya dari Keysborough, atas tuduhan menanam dan mengedar ganja untuk tujuan komersial.

Lelaki berumur 38 tahun dari Springvale itu turut didakwa atas tuduhan yang sama.

Salah seorang daripada mereka telah menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya sebaik ditahan bagi meminta bantuan.

Yang turut didakwa ialah seorang lelaki berumur 72 tahun dari Noble Park atas tuduhan yang sama beserta 10 kes mencuri.
    
Dua wanita berumur 42 dan 40 tahun turut didakwa.
    
Sejumlah bahan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja turut dirampas.

- Bernama

4 comments:

Penulis Rindu said...

tak ada keja lain dah ni

umiawadah said...

saya tak kenal pokok ganja,tapi kalau saya jumpa memang kena tebas dah ni...

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

wah! terbaik dari ladang mungkin sebab tak dapat tanam kat sini.

ctpayong said...

apalah...tanamlah pokok getah ke...kelapa sawit ke kalau betol nak commercial kan tanaman malaysia.

sendiri carik nahas..aniaya diri sendiri tu maksudnya.

mcm daun ubi pulut je...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung