Nuffnang

Thursday, March 8, 2012

Ella, akan berkahwin dan bakal suami seorang Juruterbang


KUALA LUMPUR - Ratu rock negara, Norzila Aminuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Ella dijangka menamatkan zaman daranya tidak lama lagi selepas dia dilihat menghadiri kursus perkahwinan pada 3 Mac lalu bersama bakal suaminya.

Ella, 46, dan lelaki yang dikenali sebagai A itu dikatakan memilih Pusat Kursus Perkahwinan di Pusat Bandar Damansara di sini iaitu tempat yang sama pasangan, Yusry dan Lisa Surihani menghadiri kursus tersebut.

Menurut sumber, jejaka pilihan Ella itu bertugas sebagai seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan tempatan dan mereka sudah lama berkenalan.

Pada satu ketika, hubungan pasangan tersebut dikatakan pernah terputus tetapi kemudiannya bertaut semula setelah kedua-dua bertemu pada satu konsert Ella pada Disember tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

12 comments:

Penulis Rindu said...

tahniah ella...lama dah membujang

umiawadah said...

Ella ni sebaya usia suami saya..tiap kali sebut Ella je depan suami,mesti dia cakap.."dia ni sebaya abang da"..he he he bayangkan orang seusia dia anak dah besar panjang...ni baru nak kawin...

Unknown said...

baguih la klu camtu

Unknown said...

kesian Ella wat cam mana .dulu tak ada orang nak dia

Unknown said...

untungla future husband pilot~ :D

Unknown said...

alhamdulillah...kalau ella dh nk kawin...

Unknown said...

tak sabar nk tengok siapa jejaka bertuah tu..suker sgt dgn ELLA!!!

Unknown said...

tak sabar nk tengok siapa jejaka bertuah tu..suker sgt dgn ELLA!!!

Unknown said...

tak sabar nk tengok siapa jejaka bertuah tu..suker sgt dgn ELLA!!!

Kak Mahh said...

kalau dah jodoh tak ke mana...

Anonymous said...

Rugi la jantan tu bayar mahal tapi air dah tak ada.

a loqman said...

betul tu kalau jodoh tak kemana

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung