Nuffnang
Tuesday, March 6, 2012
Rahsia Susu Unta...Jom Minum
Unta unta yang diternak secara komesial di Arab saudi
Pak arab sedang memerah susu...
Ini Dia Susu Unta....
DUBAI, KOMPAS.com — Susu unta sangat berkhasiat berbanding dengan susu lembu kerana rendah lemak dan kolesterol,lebih kaya dengan potasium, zat besi, dan mineral seperti sodium dan magnesium.
Hal ini dinyatakan pada satu pembentangan kertas kerja pada Konferen Ke-5 Keselamatan Makanan Internasional di Dubai yang diadakan pada 22-25 Februari di Dubai International Convention and Exhibition Center.
Unta adalah sangat penting dalam tradisi dan kebudayaan Arab dan susunya adalah salah satu komponen makanan penting di Emirat dan negara lain Arab.
Kertas Kerja bertajuk Standards for Camel Milk dibentangkan oleh Fatima Abdul Rahman, pemimpin Ahli Mikrobiologi Makanan di Laboratorium Pusat Dubai,United Emirat Arab (UAE).
“Hari ini, susu unta sangat penting bagi kehidupan manusia di beberapa negara lain,” kata Fatima semasa pembentangannya.
Fatima mengatakan, susu unta biasanya memiliki rasa manis dan tajam, tetapi kadang kala susu itu terasa masin dan pada saat lain terasa berair.
“Kualiti susu dipengaruhi oleh jumlah anak unta, usia haiwan tersebut, kadar haiwan itu menyusui anak, kualiti dan jumlah makanan, serta jumlah air yang disediakan,” katanya.
“Sebagian protein itu terdapat pada susu lembu,jikalau adapun hanya sedikit sahaja. Susu unta tidak perlu dimasak sehingga mendidih seperti susu lembu atau kambing. Susu unta yang enak rasanya harus diminum secara perlahan untuk memungkinkan perut mencernanya,” kata Fatima.
Beliau mangatakan beberapa kajian telah dilakukan terhadap kandongan susu unta. “Semua kajian tersebut menunjukkan bahwa kandungan lemak per unit susu unta ialah 1.8%-3.8% mengandungi Vitamin C dan niacin jauh lebih tinggi pada susu unta. Kandungan vitamin dan protein berbeza pada susu unta. Namun, jumlah laktosa pada susu unta sama dengan laktosa pada susu lembu. Susu unta mengandungi lebih sedikit vitamin A, B2, folic acid, dan panthonthenic acid dibandingkan dengan pada susu lembu,” kata Fatima.
kalau sesiapa ada kesempatan..cubalah minum susu unta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
10 comments:
setakat ni aku belum pernah minum lagi..dagung unta aku pernah makan la
susu dia berbuih ke??
stakat ni susu lembu ngan kerbau ja....
susu..ni di minum dari sejak lahir hinggalah dewasa ye
teringin pula nak merasa susu unta tu.. ada rezeki buat umrah nnt boleh juga merasa yg fresh macam tu.. insyaAllah..
tak penah lagi.. ^_^
berbusa gitu yah, tapi pengen coba deh hehe
sesunya hamis tak?
bagus la lau macam tu
sesunya hamis tak?
Post a Comment