Nuffnang

Monday, July 23, 2012

Pergghh Kena Sebiji !!! Keluar Cek Beli Saham Bukan Macam Beli Lembu Raya !!!


Isu saham FGVH selesai bila PKNK jual - Azizan


ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan isu pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) selesai, sejurus selepas beliau arahkan pegangan saham itu dijual.

Katanya, isu tersebut tidak wajar dipanjangkan lagi kerana PKNK telah menyedari kesilapan itu, yang didakwa tidak selari dengan pendirian pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Arahan menjual semula saham FGVH berkuat kuasa serta merta tetapi jual saham bukan macam jual buah, ia ambil masa sedikit,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Azizan yang juga Pengerusi PKNK berkata, ekoran daripada tindakan melepaskan pegangan itu, PKNK kehilangan ratusan ribu ringgit keuntungan yang disasarkan ketika membeli 500,000 unit saham pada harga RM4.55 seunit itu.

Mengulas mengenai desakan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang mahu PKNK memohon maaf kepada Gabungan Selamatkan Felda (GSF) kerana bertindak tidak selari dengan dasar PR yang menentang penyenaraian FGVH, Azizan berkata, sepatutnya Anak berterima kasih kepada PKNK kerana mengetepikan keuntungan dengan melepaskan pegangan itu.

“PKNK sudah jual saham itu sebab menghormati prinsip bersama dalam PR selain perjuangan Anak dan GSF. Dari segi kewangan, memang kita rugi atas tindakan itu tetapi kita tidak kisah sebab mahu hormatiprinsip dan elak salah faham,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mempertikai tindakan Azizan yang dituduh cuba melepaskan diri berkaitan isu pemilikan saham FGVH, dengan menyembunyikan fakta sebenar.

Bagaimana pun, dakwaan itu disangkal Azizan yang menyifatkan Mahdzir tidak tahu selok-belok urusan pembelian dan penjualan saham PKNK, dengan buat tuduhan melulu.

“Patut beliau tanya pada saya atau PKNK untuk penjelasan, bukan tuduh tanpa usul periksa. Operasi pembelian dan penjualan saham PKNK diurus unit pengurusan pentadbiran tersendiri. Operasinya berbeza dikelolakan sendiri pihak terbabit, tak perlu rujuk saya semua perkara,”katanya.

Mengulas dakwaan Mahdzir bahawa setiap cek melebihi RM1 juta perlu mendapatkan tandatangan Pengerusi, dan mustahil perkara itu di luar pengetahuan Azizan ekoran cek yang dikeluarkan berjumlah RM2,275,000, Azizan berkata, beliau menandatangani sejumlah cek untuk urus niaga PKNK supaya pihak bank meluluskan pengeluaran wang.

“Saya tandatangan banyak cek untuk PKNK, untuk pelbagai kegunaan termasuk saham. Ada yang butirannya tidak perlu dimaklumkan. Pihak bank bertindak mengeluarkan wang melalui cek untuk dibayar kepada saham terbabit, seterusnya dikendalikan unit terbabit,” katanya.

Menurutnya, sekiranya beliau terlepas pandang, ianya bukan sesuatu yang disengajakan kerana sebelum ini, permohonan Permodalan Kedah Berhad (PKB) untuk membeli saham FGVH ditolak.

“Cek untuk beli saham bukan macam kita keluarkan cek beli lembu Raya. Bukan semudah itu. Mungkin ketika Mahdzir jadi Menteri Besar dan Pengerusi PKNK, dia tidak terlibat dalam urusan jual beli saham dan tidak tahu prosedur PKNK,” katanya - Sinarharian.com.my


Dato Serikata Rugi Sikit Tak aPa..sebab kita pegang kepada prinsip.

6 comments:

Penulis Rindu said...

dato seri azizan memang pakat kanen

Anonymous said...

bukan memang pakat kanen tapi pakar putar isu,melepaskan diri

kampong lad said...

dah kantoi.....putaq belit la.....rugi ka atau untung ka persoalannya pasai apa hang beli. kata munafiq marah.

Anonymous said...

ntah la kg lad...dh baca btol2 ke comment ust tu...baca bior fhm....kalo x nk fhm jgn baca

yanmaneee said...

fila
coach factory outlet
lebron james shoes
longchamp handbags
cheap jordans
yeezy
supreme clothing
yeezy boost
converse shoes
ralph lauren uk

theigh said...

his response gucci replica More hints bags replica ysl about his bags replica gucci

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung