Nuffnang

Monday, March 11, 2013

Kejutan terpanas..Bapa Saiful Bahari Sertai Keadilan.


TERKINI & HANGAT!!! : Bapa Kepada Saiful, Azlan Umum & Serah Borang Menyertai KEADILAN  HARI ini..Dalam kekalutan. Penyebaran fitnah.akhirnya bapa Saiful Sertai Keadilan...Berita selanjutnya



(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 11 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim mengumumkan menyertai KEADILAN pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, di sini.
Borang keahlian diserah kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; MP Kuala Langat, Abdullah Sani dan MP Shah Alam, Khalid Samad.
Saiful“Saya dah lama menyokong perjuangan KEADILAN, sejak 1998. Tetapi sebagai penyokong akar umbi.
“Saya mengikuti dengan penuh minat perjuangan KEADILAN. Saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum KEADILAN.
“Saya juga mendoakan semoga KEADILAN dan parti komponen Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan yang cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita.
Kata Azlan, sebagai rakyat Malaysia, beliau berhak membuat keputusan untuk dirinya sendiri.
Justeru katanya, tindakan beliau menyertai KEADILAN dibuat selepas membuat pertimbangan munasabah.
“Saya dah fikir sedalam-dalamnya berhubung implikasi. Kita kena fikir secara profesional dalam hal ini. Penyertaan saya dalam sebuah parti politik tidak ada kena mengena dengan kes mahkamah.
“Saya mempunyai prinsip jelas. Saya serah kepada tuan-tuan dalam kenyataan saya pada 8 Mac.
“Ini penyertaan saya dalam parti politik yang kebetulan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar. Kalau saya sertai parti sebelah sana, tentu tak timbul isu,” sinisnya merujuk dakwaan pihak tertentu mengatakan beliau dibiayai.


3 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

tudiaaa :)

Anonymous said...

PKR nak cari penyakit. Apa mudaratnya kpd PKR kalau ayah Saifool saperti dulu juga. Apa MUDARATnya pada PKR sekiranya ayah Saifool buat hal???

Apa pasal nak shopping kat reject shop?

Anonymous said...

Better be careful with him...dont really trust this guy! Ada udang sebalik mee kot...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung