TERKINI & HANGAT!!! : Bapa Kepada Saiful, Azlan Umum & Serah Borang Menyertai KEADILAN HARI ini..Dalam kekalutan. Penyebaran fitnah.akhirnya bapa Saiful Sertai Keadilan...Berita selanjutnya
(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 11 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim mengumumkan menyertai KEADILAN pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, di sini.
Borang keahlian diserah kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; MP Kuala Langat, Abdullah Sani dan MP Shah Alam, Khalid Samad.
“Saya mengikuti dengan penuh minat perjuangan KEADILAN. Saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum KEADILAN.
“Saya juga mendoakan semoga KEADILAN dan parti komponen Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan yang cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita.
Kata Azlan, sebagai rakyat Malaysia, beliau berhak membuat keputusan untuk dirinya sendiri.
Justeru katanya, tindakan beliau menyertai KEADILAN dibuat selepas membuat pertimbangan munasabah.
“Saya dah fikir sedalam-dalamnya berhubung implikasi. Kita kena fikir secara profesional dalam hal ini. Penyertaan saya dalam sebuah parti politik tidak ada kena mengena dengan kes mahkamah.
“Saya mempunyai prinsip jelas. Saya serah kepada tuan-tuan dalam kenyataan saya pada 8 Mac.
“Ini penyertaan saya dalam parti politik yang kebetulan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar. Kalau saya sertai parti sebelah sana, tentu tak timbul isu,” sinisnya merujuk dakwaan pihak tertentu mengatakan beliau dibiayai.
2 comments:
PKR nak cari penyakit. Apa mudaratnya kpd PKR kalau ayah Saifool saperti dulu juga. Apa MUDARATnya pada PKR sekiranya ayah Saifool buat hal???
Apa pasal nak shopping kat reject shop?
Better be careful with him...dont really trust this guy! Ada udang sebalik mee kot...
Post a Comment