Nuffnang

Monday, April 15, 2013

Terkini. Berita Tergempar : Tan Sri Mohamad Taib Bakal Sertai PAS..


SAH...!!!! MAT TAIB SERAH BORANG PAS....
Sunday, April 14, 2013

Bekas Menteri Besar Selangor, Mat Taib sah sertai Pas

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timangannya Mike Tyson dilaporkan telahpun menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebentar tadi. 



Beliau dikatakan telah menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Harun Din dirumah Dr Harun Din di Bangi tadi. 



Pengisytiharan kemasukan Mat Taib ke dalam parti Pas pula akan dilakukan Tuan Guru Haji Hadi Awang pada malam esok. 



Sama-sama kita nantikan pengisytiharan ahli baru Pas ini nanti. 

Semoga dengan kemasukan bekas menteri besar selangor daripada Umno ini bakal memberikan impak dan tenaga positif kepada Pas dan juga Pas Selangor secara khususnya. 

Marilah berdoa agar ramai lagi tokoh-tokoh besar berhijrah untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. 

Sumber Ajjol

8 comments:

Din said...

Allahuakbar!

Anonymous said...

tak sabar nak tau apa komen dia pasal video seks dulu tuh

Anonymous said...

Ada nilai lagi ke Mike Tyson ni?..

Anonymous said...

biarlah dia, rasa diri tu hebat sangat. Muka tak tahu malu. Tak sedar diri. Cepat lah berambus sikit. Menyemak je.

Anonymous said...

YANG UMNO DAPAT ULAMAK MUDA (ULAMA ILMU) DAN ULAMAK PONDOK.

YANG KITA PULA (PAS) DAPAT MANUSIA BERGELAR ARTIS, BEKAS PERASUAH DAN PELIWAT (PENZINA).

HAIRAN BIN AJAIB DENGAN PERJUANGAN KITA NI..?

Anonymous said...

Tak pa, UMNgok dpt ulama' cap ayam. Ulama' yg jahat lebih bahaya dr orang awam yg jahil agama sbb depa pandai putar belit ayat al-Quran.

Anonymous said...

dia nak berubah biar le, yg kita sibuk kisah lama dia buat apa xkan sepanjang hayat nak buat yg x betul je. allah cakap tau (bukan org cakap). apa pun dosa kita, dia akan ampunkan melainkan syirik pada dia je xakan dampun.

Penulis Rindu said...

betul tu bro di atas..allah saje yang mengetahui..mungkin ada Hikmahnya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung