Nuffnang

Tuesday, June 18, 2013

EXCO DAP ..Selangor Mula Tunjuk Belang..Dalam PBT ..Baca sini


Lawan maksiat dengan rumah urut ikut jantina

Sebagai exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, Datuk Teng Chang Khim yang baru dilantik ke jawatan itu mempunyai banyak kerja daripada aduan kutipan sampah sehinggalah kepada dakwaan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu.
Dakwaan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan sentiasa menjadi isu hangat, yang turut menguji pendahulunya sebelum ini Ronnie Liu.

Berhadapan dengan isu yang menjadi peluru BN untuk lima tahun sebelum ini, Teng kini memikirkan pendekatan lembut yang juga kontroversi - pengasingan jantina.

Walaupun idea itu masih di peringkat perbincangan, Teng memberitahu Malaysiakini bahawa mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki - dan sebaliknya - boleh membendung kejadian pelacuran.

Dengan perkara itu, kerajaan negeri dapat membendung isu itu tanpa menghukum pelanggan sebenar kerana aktiviti mengurut sebahagian daripada cara tradisi Asean untuk penyembuhan.

"Saya ada idea ini... untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki.

"Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci," katanya.

Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI

4 comments:

fazaira said...

penyelesaian ke care tu bro, nanti banyak pulak rumah urut gay n lesbo tumbuh bagaikan cendawan...

kampong lad said...

binatang ni tidak akan selesai tak kira sapa perintah. cari punca, samada depa dah tau atau buat2 tak tau.

Anonymous said...

Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. Kenapa zaman keagungan islam dulu masalah maksiat boleh ditangani. Bodoh sangatkah kita sehingga tak tahu menguruskan masalah. Sekurang2nye dorang ada gak terfikir nak atasi masalah. Bee end??? Kita tambah waktu berhibur sampai pkl 5.00am untuk tarik pelancong....

Tengkubutang said...

hai.. salam kenal,
follower no.4235
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung