KUALA LUMPUR : Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Sahol Hamidi digesa tidak menyalahguna intitusi pengajian itu bagi memenuhi kepentingan politik Umno-BN.
Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengulas kenyataan Sahol yang mengakui secara terbuka universiti itu menyokong Umno BN, seperti disiar akhbar Utusan Malaysia, semalam.
Menurut Afif, Sahol sepatutnya menumpukan usaha membangunkan intelektual pelajar serta menambah baik mutu dan pencapaian universiti itu agar dapat bersaing di peringkat global.
“Kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab, dangkal memalukan serta menjatuhkan reputasi UiTM sebagai sebuah institusi pengajian yang berpengaruh di negara ini,” kata Naib Ketua Angakatan Muda KEADILAN Pulau Pinang itu.
Afif yang juga bekas pelajar Fakulti Perubatan UiTM berkata, terdapat pelajar mengadu sebelum ini bahawa kelas pengajian ditangguhkan dan mereka serta pensyarah diminta hadir ke ‘kuliah Umno BN’.
“Pelajar dan pensyarah diminta mendengar kononnya kajian, sikap dan perangai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ini kerja intelektual?,” soalnya.
Justeru, beliau menegaskan supaya Sahol berhenti mengaitkan nama institusi itu dalam menzahirkan sokongannya terhadap Umno-BN.
“UiTM ditubuhkan atas kesedaran pimpinan di masa lalu untuk membantu golongan melayu yang berpendapatan rendah.
4 comments:
Patut pun UiTM ada yang mana pelajar hadir kelas tak ada kelas Pensyarah tak hadir sebab2 tertentu. Cuba betulkan keadaan ini. Bagaimana pelajar kita nak maju.Jangan jadi sama dengan UMPORNO
ini lah melayu kangkong,memalukan!aku ingat dapat prof atas kajian tahi lembu x???patutlah standard uitm tak da dalam ranking universiti terbaik didunia??????prof kangkong ni jadi ketua cawangan umno lagi baik!!!!
VC Uitm tu kena lah promote Umno..nanti kontrak sbg VC tak sambung pulak. Jawatan VC tu bukan kekal..faham2 le. Dia tu membodek supaya kekal sbg VC. Kalau kontrak tak sambung, dia jadi Pensyarah biasa je nanti..nak hidup..nak hidup be..hehehe.
lepase bedal...kena bedal balik daa..
Post a Comment