Nuffnang

Tuesday, July 2, 2013

Perghh .. AZLINA minta Rafizi jadi Campaign Manager pula..

KUALA LUMPUR - Gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno membuka ruang santai di Dewan Rakyat hari ini.

Seloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang) tercetus ketika Rafizi (PKR-Pandan) bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.
"Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita Umno," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.

Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai Umno terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Pengerang boleh membantunya.     

Azalina pada Jumaat lepas dilaporkan mengakui kesediaannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno itu pada Pemilihan Agung Umno hujung tahun ini, membayangkan pertembungan sengit bagi merebut jawatan tertinggi sayap parti itu.

Ini memandangkan Shahrizat turut mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu yang dimenanginya pada 2009, selepas berdepan pertandingan hebat ketika menentang Tan Sri Rafidah Aziz.

Shahrizat sebelum ini "terpalit" dalam kontroversi NFC (National Feedlot Corporation) kerana perbadanan itu diterajui suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan ironinya kontroversi itu meletus setelah Rafizi membuat beberapa pendedahan berkaitan NFC.

Dalam pada itu, Azalina yang terkenal dengan sikap tegas dan lantang turut membidas cubaan anggota Parlimen pembangkang untuk mempolitikkan isu bantuan kerajaan kepada rakyat.

Kali ini dakwaan Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) bahawa kerajaan tidak memberi layanan sama kepada rakyat di negeri pembangkang berbanding yang ditadbir Barisan Nasional (BN) ditempelak Azalina dengan menyifatkan anggota Parlimen itu "lambat faham".

"Pada Kota Bharu (Takiyuddin), saya ingin menyebut duit BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang diberi oleh kerajaan BN, tidak kisah rupa, sokongan politik, jantina...asalkan dia (rakyat) tidak mampu (mengikut syarat kelayakan), kerajaan bantu.

"Saya sebagai wakil rakyat BN tidak pernah bertanya penerima BR1M sama ada dia sokong Umno, Pas, DAP atau PKR. Semua rakyat disamakan asalkan rakyat itu memerlukan bantuan. Jadi Kota Bharu, saya minta maaflah, mungkin kefahaman Kota Bharu ini agak lambat setahun," katanya.

Malah, Azalina secara sinis berkata Takiyuddin juga mungkin tidak mendengar perbahasan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh), minggu lepas yang menyebut bahawa Kelantan di bawah pentadbiran Pas, mendapat agihan peruntukan lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan berbanding negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN). - Bernama
Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI

1 comment:

mohd azrul said...

bn diskriminasi bantuan kepada rakyat negeri pr

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung