PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua
wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain
mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.
Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara
itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan
apabila wajahnya dirakam.
Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap
rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit
perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.
Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain
mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang
terletak di sebalik ruang permainan snuker.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),
Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan,
pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan
aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.
Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut
menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada
MPSJ.
Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R
Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan
manakala peralatan dirampas.
Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan
lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.
“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.
“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ
2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada
MPSJ,” katanya.
Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.
Untuk maklumat terkini / FB KLIK SINI
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah alami kesesakan luar biasa hari ini apabi...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
Salam buat semua.. Kalau cium betul-betul maka rosaklah remaja kita dewasa ini...huhu Ini adalah gara gara dari melihat aksi artis luar nega...
4 comments:
Pelakun sepatutnya menunjukan tauladan yang baik
macam lana nordin jer...ish3... cmne org bukan islam nk hormat org islam mcm ni...adushh...bermslh tol pelakon tu
Standard pelakon di Malaysia ni...tp bukan semua macam tu. Di sebabkan pelakon macam ni ler....yang lain terkena tempias nya.
dah ler tak puasa...berjudi pulak tu..adoiiii...bayangkan lah kalau dah kalah berjudi dan duit dah tak ada nak main..tapi nafsu bergelora nak main.....apa akan jadi agak nya...jeng3. adakah akan menggadai body pulak? Memalukan agama islam
Post a Comment