Nuffnang

Thursday, August 8, 2013

Mesir KIni : kejam... Imam di tangkap .manakala masjid di tutup


[Si pengkhianat As Sisi memerangi Islam : Penutupan sepenuhnya Masjid (Markaz Islami) di Dumyat dan penangkapan imamnya.]

Tidak pernah berlaku dalam sejarah yang lepas di Mesir sebelum ini, namun berlaku pada zaman rampasan kuasa si pengkhianat pada negaranya dan agamanya Abdul Fattah As Sisi, pasukan polis melakukan penutupan sepenuhnya ke atas Markaz Islami di Dumyat Jadidah , menguncinya dan menangkap imamnya.



Semua perkara di atas berlaku setelah terjadinya serangan dari samseng dan pihak polis yang menyamar sebagai rakyat biasa dan ditemani oleh para perisai Kementerian Dalam Negeri ke atas jemaah yang sedang menunaikan solat tarawih dengan peluru hidup, pistol dan gas pemedih mata yang telah membawa ke pada 55 mangsa cedera, 11 dari mereka terkena tembakan peluru hidup dan dua dalam kondisi kritikal.



Ribuan pembantah rampasan kuasa tentera dari anak-anak Dumyat telah memulakan perhimpunan aman di perkarangan Markaz Islami di Dumyat Jadidah, sejurus itu mereka dikejutkan dengan serangan peluru hidup ke atas mereka ketika mereka sedang solat.



Tidak cukup dengan serangan pasukan polis di bawah arahan As Sisi ke atas jemaah solat, penutupan Masjid sepenuhnya, dan penangkapan imam malah mereka turut membakar pentas para penghimpun aman yang cukup lengkap dengan semua alatan dan kelengkapan pentas seperti sistem pembesar suara. Mereka turut memusnahkan kereta-kereta yang berada di kawasan itu.



Serangan ke atas masjid dan penutupan masjid sepenuhnya tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir yang dipimpin oleh pemerintah Islam, kecuali ianya hanya berlaku di zaman As Sisi yang telah menegaskan pada Washington Post bahawa, presiden yang didakwa telah diculik pada pandangannya adalah sebagai kesatuan dan kesetiaan yang tinggi buat agama Islam.


Sumber : EgyptWindow
#mesirkini

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung