Nuffnang

Tuesday, September 17, 2013

Benarkah Konflik pejabat MB Selangor makin parah?


SHAH ALAM - Pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah PR yang melewati penggal kedua dilaporkan kian berantakan.

Sebuah portal mesra BN melaporkan, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang dilantik sebagai Ketua Staf Pejabat Menteri Besar Selangor baru-baru ini bertindak memperli atau cuba mengaburi mata rakyat kerana tidak memasuki pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Saifuddin memberitahu media beliau sudah memulakan tugas di pejabatnya, yang menurut beliau serba lengkap dari segi kemudahan dan kakitangan.

"Saya dah masuk, pejabat saya cantik, berhawa dingin dan mempunyai kakitangan yang berdedikasi, saya puas hati dengan keberadaan pejabat saya yang baru.

"Antara tugasan lain saya sebagai ketua staf pejabat kepada Tan Sri Khalid (Ibrahim), adalah berkenaan pembangunan desa, dari segi strukturnya saya akan berada dalam sekretariat dan unit perancangan ekonomi negeri,” katanya.

Bagaimanapun, sumber Bahagian Pengurusan dan Penyelenggaraan bangunan SUK mempertikaikan dakwaan bahawa Saifuddin diberikan pejabat "cantik dan kakitangan berdedikasi", menurut portal berkenaan.

Sebaliknya menurut sumber itu, Saifuddin hanya diberikan  sebuah bilik tanpa kemudahan asas mahukan pasukan kakitangannya sendiri di tingkat 5, berhampiran Seksyen Sektoral Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor.

“Bilik berkenaan hanya dilengkapkan dengan sebuah meja dan kerusi. Sehingga hari ini tidak ada sebarang permintaan daripada pejabat Menteri Besar atau Datuk Saifuddin sendiri untuk mendapatkan sambungan telefon, komputer serta peralatan pejabat yang lain," kata sumber itu.

“Kami difahamkan, pejabat itu akan digunakan secara sementara, tetapi belum ada sebarang arahan untuk menyediakan bilik tetap seperti di tingkat 21,” kata sumber itu lagi.

Tingkat 20 dan 21 Bangunan SUK menempatkan pegawai-pegawai kanan Khalid termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin dan Setiausaha Akhbarnya Arfa Aziz untuk menyenangkan mereka berurusan terus dengan Khalid.

Saifuddin nampaknya tidak mempunyai kemudahan seperti itu.

Malah menurut portal itu lagi, cubaan menghubungi Saifuddin di SUK mengesahkan kenyataan itu apabila telefonis SUK memaklumkan pemimpin kanan PKR itu tidak mempunyai talian langsung.

Khalid sebelum ini berkata, Saifuddin tidak perlu masuk ke pejabat kerana urusan kerja boleh dibereskan dengan komputer riba, justeru tidak perlu datang ke pejabat.  

Kemelut mengenai kedudukan Saifuddin di pejabat Menteri Besar Selangor mendedahkan politik dalaman PKR yang masih panas, membabitkan Faekah, Khalid dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin "dihantar" bekerja di pejabat Khalid atas arahan Anwar, namun keputusan itu  tidak disenangi oleh Faekah dan Khalid.

Justeru, Saifuddin dipinggirkan oleh kedua-dua mereka sehingga dinafikan kemudahan asas pejabat yang setera dengan kedudukannya di Pejabat Menteri Besar.

LAGI BERITA SEMPOI KLIK SINI YANG BELUM ANDA LIHAT

2 comments:

Anonymous said...

Ceritalah apapun. Yang penting bee end mesti hancus...

Anonymous said...

kalau betul cerita tu maka.memang sah lah melayu ni punya PHD yang tak kesudahan. apa masalahnya jika saifudin diberi tugas tu, mb dan su politiknya selalunya sibuk teramat sangat. jadi biarlah saifuddin yang jaga.rakyat bawahan yg selalunya terlepas pandang atau saja saja tak pandang oleh bos bos besar. Ingat, kekuatan pr diselangor adalah terletak pd semangat berpasukan, ikhlas dantelus. apa yg dok kalut pasal kuasa. esok.lusa kuasa boleh hilang dan.maut sentiasa.menanti kita. korbankan sepenuh.jiwa raga.untuk.kesejahteraan rakyat tanpa.mengira keuntungan dunia spt para khalifah alrashidin. kalau tak sanggup jangan pegang kuasa...nanti terbuntang kat mahsyar kelak.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung