Nuffnang

Tuesday, September 17, 2013

Lagi Berita Kemalangan Tragis Ketika Berkonvoi...Di Seremban

KEADAAN motosikal milik seorang jurutol yang menyertai konvoi bermotosikal bersama 50 penunggang lain sempena Hari Malaysia. FOTO Iqmal Haqim Rosman

SEREMBAN: Seorang jurutol yang menyertai konvoi bermotosikal bersama 50 penunggang lain sempena Hari Malaysia, maut selepas motosikal ditunggang terbabas lalu melanggar penghadang jalan di KM261 lebuh raya PLUS, arah selatan, 10.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 19 tahun dari Semenyih dipercayai dalam perjalanan ke Port Dickson.

Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai bersama 50 rakan lain menunggang pelbagai jenis motosikal berlepas dari Semenyih, kira-kira 10 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, motosikal ditunggang lelaki itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan.

“Mangsa yang bertugas di Tol LEKAS Semenyih itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sumber myMetro
LAGI BERITA SEMPOI KLIK SINI YANG BELUM ANDA LIHAT

4 comments:

Anonymous said...

S U R A T L U Q M A N

31:34. Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi

ingatlah akan Allah setiap hari dengan taat akan perintahnya

Anonymous said...

Ya ..Yang Hidup pasti mati

cdinkb said...

Ya,setiap yang bernyawa akan merasai mati.Al-Fatihah.

obat pelangsing pasca melahirkan said...

janganlah jadi raja jalanan,sayangi nyawamu

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung