Gambar Terkini Ariel Sharon Yang 8 Tahun Dalam Siksa Dunia
Sejak mengalami stroke pada januari 2006, keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon terus memburuk, bahkan dalam keadaan tidak sadarkan diri.
Sharon yang ketika ini berusia 85 tahun, sedang mendapat perawatan intensif di Hospital Tel Hashomer, Tel Aviv, akibat menderita kegagalan ginjal sejak Rabu, 1 Januari 2014. Juru bicara hospital menyatakan, kesihatan Sharon mengalami penurunan selama beberapa hari ini. Demikian keterangan pihak hospital seperti disiarkan Al Jazeera pada Khamis, 2 Januari 2014.
Sejak mengalami stroke pada januari 2006, berbagai usaha telah dilakukan kumpulan doktor untuk memulihkan kesihatan orang yang paling bertanggung jawab terhadap pembantaian di kemah penduduk Palestin, Sabra dan Shatila ini.
Pada Februari 2006, para doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang bedah khusus. Ia memiliki luka yang membusuk dan tidak sadarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.https://www.facebook.com/photo.php?fbid=277208549094215&set=a.106391689509236.14195.100004152160083&type=1
Pada September 2013, Sharon menjalani pembedahan di bahagian perut untuk memperbaiki masalah dalam sistem infusnya. Operasi yang berlangsung selama satu jam itu telah direncanakan beberapa bulan sebelumnya.
Para doktor spesialis Israel dan Amerika Syarikat pada Januari 2013 menyatakan, Sharon telah menunjukkan aktiviti otaknya secara signifikan melalui imbasan MRI. Dia dapat bertindakbalas terhadap foto-foto keluarganya tujuh tahun silam setelah mengalami stroke.
Berdasarkan laporan suruhanjaya siasatan Israel pada tahun 2003, menyimpulkan bahawa para pemimpin Israel bertanggung jawab atas pembunuhan di kemah penduduk Palestin, Sabra dan Shatila, di Lebanon. Saat itu, ahli politik dari Partai Likud ini menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan yang dianggap secara peribadi harus bertanggung jawab kerana gagal mencegah kekerasan yang membawa maut.
Sharon, terakhir, menjabat sebagai Perdana Menteri Israel dari 2001-2006. Dia memimpin tentera Israel dalam menghadapi perlawanan Palestin, dikenal dengan sebutan Intifada kedua, yang berakhir pada 2004.
Biar dia rasa....
No comments:
Post a Comment