Nuffnang

Friday, March 7, 2014

Berita Yang Cukup Menyedihkan Para Pendengki Pakatan Rakyat..Kes Saman TG Hadi Awang 2 juta

Berita Yang Cukup Menyedihkan Para Pendengki Pakatan Rakyat..

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar kes saman dua juta melibatkan presiden PAS dan ahli PKR tidak diteruskan bagi menunjukkan semangat setiakawan Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar, beliau dan PKR telah menemui sendiri pihak keluarga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun Mohd Shamsul Mat Amin yang menang kes saman fitnah RM2 juta kerana penghakiman ingkar bulan lalu."Kita nasihatkan kes ini tidak wajar diteruskan kerana ia bukan saja libatkan sahabat tapi pimpinan Pakatan Rakyat.

"Saifuddin dah temui beliau (Shamsul) minta untuk tak teruskan dan beliau setuju dan saya sendiri dah jumpa ayah beliau dan beliau setuju," kata Anwar.

Pada 24 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Abdul Hadi membayar saman berjumlah RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi Mohd Shamsul.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Abdul Hadi gagal untuk memfailkan writ bagi menangkis dakwaan Mohd Shamsul. ~mk

2 comments:

Nazaruddin Mohamad said...

Gugur ker iman atau akidah seorang ulamak kalau mohon maaf atas kesilapan beliau???

Anonymous said...

Kenapa DSIA kena mohon maaf pula dimana DHA kami tak dengar suara dia mohon maaf pun sepertimana dia berucap memfitnah tanpa sebut nama itu adakah berbaloi setelah terlepas cakap dan keputusan mahkamah dibuat kemudian minta bantuan untuk selesai diluar mahkamah dengan DSAI, atas dasar setiakawan bagi mengelakkan kecelaruan ahli bawahan mulut celupar presiden ditutup, apakah akn berlaku kejadian serupa jika ini terjadi keatas ahli bawah biasa tangap campur tangan oleh pemimpin yang serakah seperti DHA,lihat saja apa yang berlaku diDUN pada PRu13 dulu siap yang campur tangan.Fikirlah sendiri.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung