Nuffnang

Friday, March 7, 2014

Gambar Sempoi ceramah Anwar Di PRK Kajang Semalam..Macam Tak Ada Orang Jer ?

HEBOH DI ALAM MAYA KATA MAJLIS PELANCARAN BILIK GERAKAN KEADILAN PRK KAJANG DI SG KANTAN MALAM TADI TIADA SAMBUTAN????


Terbaca dalam satu page kepunyaan jurufoto Pro UMNO yang ingin menghebah dan memberikan gambaran kononnya Majlis Pelancaran Bilik Gerakan KEADILAN PRK Kajang di Sg Kantan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali tidak mendapat sambutan.

Seolah-olah para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada malam itu berucap didepan orang-orang bunian dan mahkluk halus.

Selepas Omak Kau layar page yang dikendalikan oleh seorang pejuang veteran KEADILAN, Pak Malek Baretta jelas sekali ianya merupakan suatu dakyah jahat untuk mengelirukan rakyat.

Berikut ialah antara inti pati ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali sempena pelancaran tersebut.....

Pakatan Rakyat (PR) tidak menyediakan sebarang rancangan luar jangka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana calon mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti akan dibebaskan daripada tuduhan liwat, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, berdasarkan keterangan bukti dan hujah dikemukakan peguam Karpal Singh yang mewakili ketua pembangkang itu, beliau yakin Anwar akan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

"Tiada pelan A, pelan B. Kita yakin Anwar akan dibebaskan (daripada tuduhan liwat)," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramahnya di Sungai Kantan di Kajang, Selangor, malam tadi.

"Kita yakin berdasarkan bukti dan keterangan yang dikemukan hari ini dan esok, Anwar akan terus dibebaskan," katanya yang juga ahli Parlimen Gombak.

Rayuan kes Liwat II Anwar oleh Putrajaya bermula semalam dengan mahkamah mendengar keterangan daripada Timbalan Pendakwaraya, Tan Sri Shafee Abdullah yang mewakili Putrajaya.

Sekiranya Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwat itu, ia akan menggagalkan beliau untuk bertanding di kerusi DUN Kajang berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac depan untuk penamaan calon, manakala 23 Mac dipilih sebagai tarikh pengundian.

"Dari awal kita tegaskan, 'no backup plan', kita yakin beliau bersih.

"Malah keyakinan ini berjaya dibuktikan dengan keputusan mahkamah tinggi dulu," katanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada 2012 yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan liwat.

Dalam ceramahnya, Azmin turut menyeru pengundi Kajang mengerjakan solat sunat hajat memohon agar Anwar dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya merayu kepada umat Islam khususnya, marilah kita tunaikan solat hajat supaya Anwar dibebaskan daripada fitnah jahat ditaja Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kalau benar esok (hari ini) Anwar dijatuhkan hukuman, itu adalah supaya beliau tidak boleh bertanding di Kajang," katanya.

Keputusan berkenaan rayuan Putrajaya terhadap kes Liwat II Anwar dijangka diputuskan selepas solat Jumaat, hari ini.

Azmin dalam ucapannya mendakwa, Putrajaya seolah-olah sudah mempunyai pasukan untuk menentang Anwar dalam kes tersebut.

"Seolah-oleh mereka sudah bersedia dengan pasukan mereka, bersedia dengan keputusan mereka.

"Umno, kamu boleh hukum Anwar, tetapi ada 1,000 Anwar lagi akan bangun menentang Umno.

"Jangan sentuh Anwar, rakyat akan bangun. Bukan sahaja di Selangor, Kajang, tapi dari seluruh Malaysia dari Sabah dan Sarawak.

"Jangan cabar kami. Jangan provoke kami.

"Umno tahu Anwar tidak boleh dikalahkan dengan pilihan raya, oleh kerana Umno sedar mereka tidak boleh kalahkan kita, maka Umno gunakan mahkamah untuk jatuhkan hukuman dalam masa 24 jam," dakwa Azmin, dan dijawab "Syaitan!" oleh penyokong PR dalam ceramah tersebut.

Azmin berkata, mahkamah juga diperalatkan Umno untuk menetapkan tarikh perbicaraan apabila Anwar terpaksa menghadiri perbicaraan mahkamah ketika kempen untuk PRK Kajang sedang berlangsung.

"Anwar terpaksa memberi tumpuan di mahkamah, jadi beliau tidak mampu turun beri penjelasan kepada rakyat Kajang," katanya.

Anwar bagaimanapun tidak kelihatan dalam sesi ceramah malam tadi .

4 comments:

Unknown said...

org bunian ja yg dtg tue..lawak betui pro UMNO nie kan...

Muslim Niaga

mohd.azrul said...

Walaupun.aku.ada.yg.tak.setuju.dgn.anwar.tapi.kes.liwat.ini.aku.kesian.dgn.anwar.umno.bnasyik.nak.fitnah.anwar.saja.kita.berdoa.supaya.anwar.dibebaskan.pertuduhan.liwat.

Anonymous said...

PR kena letak calon DAP bertanding sama. dgn perjanjian jika anwar tk dpt bertanding, calon DAp akan terus bertanding.

jika anwar boleh bertanding, calon DAP tarik diri di saat akhir.

yg penting jgn bagi BN rampas kajang.

Anonymous said...

Kes anwar sekejap tuduh Umno sekejap tuduh PM sekejap tuduh Tun M.. buat fitnah kat Anwaq... Mana satuu ?? Tak kaa ni fitnah? Awat orang UMNO kat ulu tembeling telibat sama kaa? Umno kat Ulu sik terlibat sama kaaa?? OOO sebab dia UMno kau orang kata terlibat sekali??? Hukum apa kau orang pakai??? Ingat Tuhan leee... Betul tak bagi kau orang penyokong anwar tuuu... nama Allah tu murah tak ada nilai dan boleh bagi kat spe-sape nak guna kat berhala ka..kat salib kaa... Tak???? Habis bila Saiful bersumpah dengan nama Allah kamu semua kata dia bohong sebab dia memang tak takut Tuhan... Jadi kat sini sape yang tak takut Tuhan??? Kamu atau saiful? Kita orang beriman kena terima sumpah yang guna nama Allah. bab bohong tu dia dengan Allah. Itu barulah membesarkan nama Allah... Betui tak wahai Haron Din ????

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung