Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, March 11, 2014

Dua lelaki guna pasport palsu naik MH370 disyaki rakyat Iran..KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan, salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 pada dengan pasport palsu adalah seorang pemuda warga Iran.

Identitinya dikenalpasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, 19, pemegang pasport dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya.

Katanya, semakan polis mendapati, pemuda yang memasuki Malaysia pada 28 Februari itu (kiri) tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.

"Kami mengenalpasti beliau dari data biometric ketika beliau mula-mula masuk ke negara ini.

"Beliau memasuki negara ini dengan pas lawatan 90 hari. Beliau sedang berhijrah ke Jerman," katanya.

Pihak berkuasa sedang mengesan identiti seorang lagi penumpang(kanan) yang memegang pasport palsu, katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Polis mendedahkan gambar kedua-dua individu berkenaan hari ini.

Prosuder kawalan keselamatan di KLIA turut disiasat bagi melihat kaitannya dengan kehilangan pesawat MH370 dan penggunaan pasport curi. - Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014.
Prosuder kawalan keselamatan di KLIA turut disiasat bagi melihat kaitannya dengan kehilangan pesawat MH370 dan penggunaan pasport curi. - Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014.Dua lelaki yang menggunakan pasport palsu untuk menaiki penerbangan MH370 dipercayai adalah rakyat Iran, lapor rangkaian televisyen BBC Persian hari ini.
BBC Persian melaporkan, dua lelaki Iran terbabit menggunakan pasport palsu dengan tujuan berhijrah ke Jerman dan Denmark.
Menurut laporan itu, seorang rakan daripada dua lelaki berkenaan mengaku menjemput mereka di Kuala Lumpur sebaik tiba dari Teheran beberapa hari sebelum berlepas ke Beijing menaiki pesawat MH370.
Mereka juga dipercayai membeli pasport berkenaan di Kuala Lumpur selain tiket ke Amsterdam melalui Beijing.
Semalam akhbar Britian Financial Times melaporkan urusan perjalanan dua penumpang dengan identiti palsu dalam pesawat MH370 Malaysian Airlines (MAS) yang hilang ketika menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur dibuat di Pattaya, Thailand dan dibayar secara tunai.
Akhbar berkenaan memetik kenyataan agen pelancongan Thailand yang membuat tempahan tiket itu sebagai berkata, beliau diminta membuat urusan perjalanan itu oleh seorang kenalan warganegara Iran.
Benjaporn Krutnait, pemilik agensi pelancongan Grand Horizon di Pattaya dipetik berkata, warganegara Iran berkenaan iaitu kenalan perniagaannya yang dikenali sebagai Ali meminta beliau menempah tiket tambang murah ke Eropah untuk dua lelaki berkenaan pada 1 Mac.
Akhbar itu berkata, pada awalnya Benjaporn menempah tiket penerbangan Qatar Airways dan Etihad, untuk dua lelaki berkenaan tetapi, tiket itu tamat tempoh apabila tiada khabar daripada Ali.
Ali kemudian menghubunginya sekali lagi pada Khamis menyebabkan Benjaporn sekali lagi menempah tiket dan kali ini menempah MAS menerusi Beijing kerana ia adalah tiket paling murah yang ada ketika itu.
Financial Times turut melaporkan, seorang rakan Ali membayar Benjaporn secara tunai untuk dua tiket berkenaan dan tiada bukti mengaitkan Ali tahu kedua-dua lelaki itu mengembara menggunakan pasport curi.
Benjaporn dipetik sebagai berkata, beliau tidak percaya Ali mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan kerana dia tidak meminta secara terperinci untuk menempah tiket bagi perjalanan Kuala Lumpur – Beijing, tetapi meminta laluan paling murah ke Eropah, kata Financial Times.
Dalam laporan akhbar itu, Benjaporn dipetik sebagai berkata, beliau bercakap mengenai kes itu kerana bimbang dengan spekulasi mengenai serangan pengganas dikaitkan dengan kehilangan MH370 dan mahu fakta sebenar diketahui. – 11 Mac, 2014.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung