Nuffnang

Tuesday, March 11, 2014

Gempar Kerana RM13 : Adik Bergelut dan Toreh Abang Demi Pertahan Ibu



Kerana RM13 : Adik Toreh Abang Pertahan Ibu

Penagih dadah yang cuba memukul ibunya mengalami pendarahan teruk selepas tertoreh pisau ketika bergelut dengan adiknya yang cuba mempertahankan ibu mereka dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Padang Lalang, Felda Neram 1, Air Putih, Kemaman, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, penganggur berusia 31 tahun dipercayai mengamuk selepas permintaannya untuk mendapatkan wang berjumlah RM13 tidak dipenuhi ibunya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, melihat abangnya cuba menyerang ibu mereka, adiknya, 21 tahun yang merupakan pelajar di sebuah IPT di Kuantan, Pahang cuba melindungi ibunya itu.

“Ekoran itu berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka dan si abang yang juga dipercayai penagih dadah mengalami kecederaan kerana terkena pisau yang dipegang adiknya itu.

“Penganggur itu mengalami beberapa kecederaan di lengan dan belakang badan,” katanya.

Lelaki berkenaan yang longlai dan lemah selepas mengalami pendarahan luaran kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

Che Suza berkata, sehubungan itu sepasukan anggota polis yang berkejar ke lokasi kejadian berjaya menemui dan merampas pisau kecil sepanjang beberapa sentimeter yang digunakan ketika pergelutan itu.

Sehingga jam 9 malam semalam polis juga berusaha menangkap adik kepada penganggur berkenaan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Kata beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan cedera dengan senjata.
 —

2 comments:

Anonymous said...

felda neram 1...tmpt aku menabur bakti dahulu...

semoga adik dilindungi Allah kerana melindungi ibu..

Anonymous said...

semoga allah melindungi ank yg soleh yg mempertahankn ibunya... aamiinn

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung