Nuffnang

Sunday, May 18, 2014

Pergh !!! Utusan Ramal Dyana Sofia Akan Keluar DAP ?.


Pengarang Mingguan Malaysia dalam tulisan pojok akhbar itu meramalkan pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud tidak akan bertahan lama dan akan meninggalkan parti tersebut dalam penyesalan.

Tulisan pojok tersebut meramalkan demikian dengan menyebut nama beberapa tokoh Melayu, antara puluhan yang didakwa meninggalkan parti kerana “menyedari terpedaya” dengan agenda DAP.

“Seperti bekas ahli DAP Melayu lain, Awang percaya suatu hari inanti Dyana Sofya akan meninggalkan parti dengan dipukul rasa penyesalan. Malaysiakini.

“Biarlah saat ini dia dilambung-lambung oleh DAP sebelum terhempas ke lumpur yang ketika itu nanti sudah tiada harganya,” tulisan dalam akhbar milik Umno itu dipetik.

Tulisan berkenaan seterusnya menyebut beberapa nama bekas pemimpin DAP Melayu – Tunku Abdul Aziz, Ahmad Ton, A Rahman Manap dan Mohamed Razali.

“Rahman pernah merayu agar Melayu tidak tertipu, sementara Mohamed Razali memohon maaf kepada orang Melayu setelah membuat pendedahan satu peristiwa bahaya anjuran DAP.

“Zulkifli Mohd Noor menyifatkan penyertaan Melayu dan parti itu hanya bernilai 50 sen,” kata pengarang itu lagi dalam tulisannya.

[Berita penuh menyusul]

1 comment:

Anonymous said...

Dyana akan keluar DAP satu hari nanti tapi bukan masuk UMNO sebaliknya masuk Pas. Kah...kah kiokk...

Dalam umno mana ada ruang untuk pemimpin muda sebab kena hormat orang lama. Yang lama ni pulak akan tongkat langit sampai mati.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung