KUALA LUMPUR: Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.
Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari ini.
-- Gambar Facebook UMB-X
Memetik laporan MStar sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.
Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.
Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
5 comments:
Polis yg tolong mengawal juga dapat pahala besar ...
macam dah tak ada tempat lain lagi dan macam dlm keadaan dharurat lak,kalau ya pun nak solat jgn lah tepi lebuh raya pergilah kat tempat letak kereta stadium bkt jalil atau tempat lain yg berdekatan.
Pelik pulak..kalu takat kl tu bersepah mussola n masjd or surau...pa cite sbnaq nie actually..bole timbul fitnah
Bior le.... Dia solat. Dia bukan buat kerja tak senonoh pun. Timbul fitnah apa hal pulak?
Ade yg ingat lmbat mati x pe la Allah x rugi
Post a Comment