Nuffnang

Tuesday, June 3, 2014

Budak Umur 7 Tahun Jadi Stunt Boy Apabila Dia Terjun Dari Kereta, Bila Kereta Bapa Kena Curi


 Kuala Lumpur: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun cedera selepas bertindak terjun dari kereta jenis Mitsubishi Triton apabila kenderaan tersebut dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di AU3 Keramat di sini, sebentar tadi.
Menurut sumber polis, tindakan bapa kanak-kanak itu mengundang padah apabila muncul seorang Difahamkan dalam kejadian 12.30 tengah hari itu mangsa dikatakan mengikuti bapanya ke sebuah bengkel kereta sebelum bapa kanak-kanak itu meninggalkannya berseorangan di dalam kereta untuk berurusan di bengkel tersebut. lelaki lalu terus memasuki kenderaan itu yang ditinggalkan dalam keadaan pintu tidak berkunci dan enjin tidak dimatikan dan terus melarikan kereta itu bersama kanak-kanak berkenaan. 

Sumber memberitahu, bagaimanapun kanak-kanak terbabit bertindak terjun daripada kenderaan itu yang mengakibat mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan, kaki dan tangan sebelum ditemui oleh orang ramai.
Foto
LOKASI kanak-kanak perempuan terjun di hadapan deretan bengkel kereta di Jalan AU3/1, Keramat. FOTO Azmaidi Abidin

Sumber berkata polis kini sedang melakukan gerakan mengesan suspek yang dianggarkan berusia 30-an.

4 comments:

Anonymous said...

Polis tolong dakwa bpk die atas kecuaian..ape laa susah sgt off enjin keta dan ambik kunci tu skali..apesal nak cuai mcm tu skali..

Anonymous said...

Pihak patut ambik budak ni sebagai Anak Angkat PDRM. Budak ni berani dan tau mana yg baik dan yg Jahat.

Anonymous said...

Cam perli je bos...!

Ridd said...

Tau takpa...hihihi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung