Nuffnang

Saturday, June 21, 2014

[ Gempar ] Pemilik Akaun FB di SANTAU akibat Sebar Cerita MH370 ?


Bagi sesetengah orang yang gemar mengikuti perkembangan dan kisah-kisah tentang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di media sosial, akaun Facebook Sharifah Sofia Syed Rashid tidak perlu diperkenalkan lagi.
Pemilik akaun Facebook ini sering memuat naik status yang agak kontroversi berkaitan misteri di sebalik kehilangan MH370 termasuk pendedahan tentang penglibatan negara asing dan wayang-wayang yang direka untuk menyembunyikan kisah sebenar.
Sejauh mana kebenaran di sebalik pendedahan dibuat tidak dapat dipastikan namun pemilik akaun Facebook ini telah memberi bayangan bahawa apa yang dilakukannya menyebabkan dia menerima banyak ugutan termasuk akan disantau  manakala akaun Facebook miliknya juga didakwa telah digodam.
Kebimbangannya menjadi kenyataan apabila Sharifah Sofia Syed Rashid dikatakan sudah dua hari tidak sedarkan diri gara-gara disantau sebagaimana dibimbanginya sebelum ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh saudara terdekatnya menerusi status Facebook di bawah:

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran cerita-cerita kontroversi MH370 yang dikongsikan dan apakah identiti sebenar Sharifah Sofea namun sekiranya betul dia sedang menderita akibat dianiaya, sama-samalah kita doakan kesembuhan untuknya.  Wallahu a'lam 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung